Mesut Ozil: Bukan Libatkan Saya Sahaja, Ini Masa Sukar Buat Semua

Mesut Ozil

Melihat kepada persembahan buruk ditampilkan pasukan yang disertai sejak tujuh musim lalu, sudah pasti jauh di lubuk hati pemain tengah, Mesut Ozil untuk memberikan sumbangan dalam usaha meningkatkan kembali prestasi Arsenal pada ketika ini.

Tetapi ia tidak ubah seperti mimpi yang tak sudah buatnya apabila beliau langsung tidak didaftarkan oleh pengendali pasukan, Mikel Arteta dalam saingan paling popular di dunia itu.

Hakikat itu disuarakan sendiri oleh Ozil ketika beliau menjawab pertanyaan peminat di laman Twitter peribadi miliknya sama ada beliau gembira berada di Arsenal atau tidak.

Arsenal nyata berada di kedudukan yang amat terdesak apabila menduduki tangga ke-15 selepas sekadar mencatatkan empat kemenangan, dua keputusan seri dan lapan kekalahan bagi mengutip 14 mata. Hanya empat mata dipisahkan dengan zon penyingkiran.

”Ia merupakan saat yang cukup sukar buat semua orang di sekeliling kelab ini. Tidak hanya melibatkan saya sahaja.”

”Situasi pada ketika ini sememangnya begitu mengecewakan semua orang,” ujar Ozil ketika menjawab pertanyaan tersebut.

”Sudah tentu, saya mengharapkan agar saya dapat membantu pasukan terutamanya pada keadaan seperti ini.”

”Tetapi selagi saya tidak mendapat peluang, saya hanya dapat berharap kita [Arsenal] akan memperoleh keputusan yang lebih baik secepat yang mungkin.”

”Tetapi, marilah kita untuk terus positif,” tambah Ozil lagi.

Seperti yang sering diperdebatkan dalam kalangan penyokong Arsenal, skuad bimbingan Mikel Arteta itu jelas kehilangan perancang kreatif dalam memberikan sokongan kepada barisan serangan, peranan yang sebenarnya mampu digalas oleh Ozil.

Kali terakhir pemain kelahiran Gelsenkirchen ini beraksi ialah dalam kempen liga pada 7 Mac lalu sewaktu Arsenal berjaya menundukkan West Ham United 1-0 di Stadium Emirates.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Peluang Untuk Kembali ‘Bernyawa’, Fenerbahce Usaha Dapatkan Ozil Januari Ini

‘Saya Akan Tetap Bersuara Demi Kemanusiaan’ – Ozil Luah Kekecewaan Disisih Arsenal

Jamie Carragher: Mesut Ozil Bukan Jawapan Kepada Masalah Arsenal

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply