Copa America: Messi Tuduh Pengadil Berat Sebelah Kepada Brazil Punca Argentina Kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lionel Messi menuduh pengadil berat sebelah kepada Brazil sebagai punca kekalahan 2-0 Argentina di separuh akhir Copa America yang berlangsung di Belo Horizonte pagi tadi (waktu Malaysia).

Bintang Barcelona itu sekali lagi gagal menampilkan impak yang sepatutnya tatkala pasukan negaranya begitu memerlukan.

Tuan rumah pula memanfaatkan perlawanan yang sememangnya dijangka akan berlangsung dengan sengit – melalui jaringan Gabriel Jesus dan Roberto Firmino di setiap babak permainan.

Salahkan VAR & pengadil

Sebaliknya Messi lebih tertatarik untuk menyalahkan teknologi VAR dan pengadil perlawanan, Roddy Zambrano sebagai punca kekalahan tersebut.

Malah kapten Argentina itu menggunakan sidang media selepas perlawanan untuk mengkritik mutu pengadilan dan mempersoalkan mengapa pegawai perlawanan tidak memberikan sepakan penalti selepas Sergio Aguero dikasari tidak lama selepas gol jaringan Firmino pada minit ke-71 perlawanan.

“Mereka [Brazil] bukan pasukan yang lebih bagus dari kami. Mereka memperolehi gol awal, dan gol kedua adalah berpunca dari sepakan penalti [untuk Aguero] yang tidak diberikan,” ujar Messi kepada wartawan.

“Pegawai perlawanan juga memberikan layangan kad mengarut [bullsh*t] yang banyak, tetapi mereka langsung tidak melakukan semakan menggunakan VAR. Itu sangat menghairankan.

“Perkara itu berlaku sepanjang perlawanan. Setiap kali berlaku ‘contact’, mereka [pengadil] akan memberi kelebihan kepada Brazil dan semua ini mengganggu tumpuan kami dalam perlawanan.

“Kami tidak boleh memberikan alasan, tetapi perkara ini harus dilihat, dianalisis kembali, dan berharap CONMEBOL boleh melakukan sesuatu.

“Saya berpendapat kami menampilkan permainan yang baik. Kami berusaha keras, dan mereka [Brazil] tidak beraksi lebih baik dari kami.

Statistik perlawanan

Statistik perlawanan menunjukkan Argentina mempunyai 10 percubaan tepat lebih banyak – yang diselamatkan oleh Allison – berbanding Brazil dengan ratio 14:4. Argentina juga menyaksikan dua percubaan mereka mengenai palang gol Brazil sebanyak dua kali.

Salah satu dari percubaan tersebut ialah tandukan lambung Aguero tatkala ketika Alisson sudah pun tertewas tetapi mengenai palang gol pada babak pertama perlawanan, sebaik Jesus memberikan pendahuluan kepada Brazil.

Kemudian giliran Messi pula sekadar merembat bola menyingahi tiang gol pada babak kedua perlawanan, selepas bola terhadang oleh Lautaro Martinez.

Brazil sebaliknya tajam apabila memanfaatkan peluang mereka sebaik mungkin melalui Gabriel Jesus dan Roberto Firmino dari jarak dekat.

Brazil kini akan menunggu pemenang diantara Chile dan Peri di satu lagi perlawanan separuh akhir esok untuk menentukan lawan yang bakal ditemui pada Ahad nanti di Maracana.

Kali terakhir Brazil bergelar juara Copa America ialah pada 2007 di Venezuela.