Messi Tak Menyesal Ikrar UCL Musim Lalu, Dan Lafazkannya Sekali Lagi

Lionel Messi menyatakan beliau tidak menyesal dengan ikrar mahu membawa UEFA champions League Barcelona pada musim lalu.

Ketika itu Lionel Messi berjanji akan membawa pulang UCL ke Barcelona – pada musim pertama beliau menjadi ketua pasukan Barcelona menggantikan Andres Iniesta.

Namun begitu, Barcelona sekali lagi gagal membawa pulang UCL, walaupun mereka mendahului Liverpool 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama.

Kapten Barcelona, Lionel Messi kembali semula ke dalam pasukan untuk perlawanan pra musim. Dan beliau melafazkan ikrar sekali lagi di hadapan para penyokong Barcelona di Nou camp.

“Sukar untuk mengeluarkan kata-kata selepas apa yang berlaku pada musim lalu. Namun saya tidak menyesali apa apa. Saya tiada keraguan bahawa sekiranya kita bersatu kita akan berjuang bersaing untuk segalanya sekali lagi.”

“Kita memenangi 8 kejuaraan Liga dalam 11 tahun. Dan kita harus menghargai nilainya. Dalam beberapa tahun sini kita mendapati bahawa semua itu sukar.”

“Kelab ini akan sekali lagi untuk segalanya dan itu tidak akan berubah. Visca Barca, Visca Catalunya.”

Barcelona pada pra musim kali ini berjaya mendapatkan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid. Beliau diharap akan dapat membentuk gandingan yang berbisa dengan Lionel Messi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN