Messi: Kenyataan Saya Kena ‘Spin’, Saya Tak Pernah Janji Nak Bawa UCL Ke Nou Camp

Pada awal musim, Lionel Messi telah memberikan satu ucapan khas kepada penyokong Barcelona selaku kapten utama pasukan buat pertama kali.

Messi berucap ketika perlawanan pra musim, Piala Joan Gamper menentang Boca Juniors. Dalam ucapan tersebut Messi berjanji mahu membawa UCL ke Nou Camp sekali lagi selepas beberapa tahun gagal.

Bagi Messi, walaupun Barcelona musim lalu berjaya merangkul kejuaraan berganda, namun misi utama mereka adalah untuk membawa pulang UCL ke Nou Camp.

Messi berkata: “Musim lalu, kita sangat bagus dan memenangi 2 piala. Namun semua kita berasa kecewa dengan kempen Liga Juara-Juara. Kami berjanji, musim ini, kami akan melakukan apa sahaja untuk membawa balik piala yang cantik itu ke Nou Camp.”

Ucapan Messi itu disambut dengan penuh semangat oleh penyokong Barcelona.

Antara individu terawal memberikan komen adalah Jurgen Klopp. Menurut Klopp semua orang inginkan UCL. Klopp berkata: “Apabila saya mendengar ucapan Messi mahu membawa pulang trofi itu [UCL], saya anggap ia berbunyi seperti satu ancaman [kepada semua pesaing].”

https://twitter.com/FutbolBible/status/1124376824723705858

“Saya rasa semua orang harus bermain lebih bersungguh-sungguh, semua pasukan. Kami sekarang sudah berada di sini. Saya pun nak cakap, yang saya nak ke final.”

Ironinya, pasukan Jurgen Klopp – Liverpool benar-benar mara ke final selepas aksi bersungguh-sungguh terutama sekali ketika separuh akhir. Dan pasukan yang mereka singkirkan adalah pasukan diketuai Messi – Barcelona.

Liverpool bangkit daripada ketinggalan 3 gol dan menang 4-0 di Anfield.

Messi menganggap kekalahan di tangan Liverpool memberikan kesan sangat mendalam kepada beliau.

Menurut Messi, impian treble mereka dengan UCL musim ini dimusnahkan oleh Liverpool.

Terbaru Messi menafikan beliau pernah berjanji mahu membawa pulang UCL ke Nou Camp. Messi berkata media telah memutar belitkan kenyataan beliau sebelum ini.

Messi berkata: “Saya tidak pernah berjanji mahu membawa balik piala cantik dan piala sasaran itu pulang. Tetapi saya cuma berjanji, kami akan cuba sedaya upaya untuk membawanya balik. Malangnya kami gagal. Kami harus meminta maaf kerana gagal bersaing dalam perlawanan kedua [menentang Liverpool].”

Lionel Messi menamatkan kempen dengan Barcelona musim ini sebagai juara La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN