Messi: Kami Semua Di La Liga Merasai Kehilangan Cristiano Ronaldo

Bintang Barcelona, Lionel Messi menyatakan, walaupun ada peminat Real Madrid tidak selesa dengan kenyataan beliau, namun Messi tetap menegaskan bahawa beliau merindui perseteruan dengan Cristiano Ronaldo.

Pada tahun lalu, Lionel Messi pernah dikritik oleh segelintir peminat Real Madrid yang berpendapat Lionel Messi sengaja mahu menyatakan Real Madrid melakukan kesilapan menjual Ronaldo.

Ada yang berhujah menyatakan bahawa Real Madrid membuat tindakan yang tepat pada masa yang tepat untuk menjual Ronaldo.

Lionel Messi memenangi anugerah Pichichi (kasut emas La Liga) untuk musim 2018/19. Menjaringkan 15 gol dan meninggalkan Karim Benzema lebih 15 gol.

Ketika Cristiano Ronaldo di Sepanyol, Lionel Messi tidak pernah ada kelebihan gol sebanyak itu. Dan Lionel Messi tewas 4 kali dalam karier beliau kepada Ronaldo dalam persaingan kasut emas.

Messi mengakui beliau merasai kehilangan Cristiano Ronaldo. Bukan Messi sahaja, malah La Liga turut kehilangan pemain berkaliber seperti Ronaldo, tambah Messi lagi.

Messi berkata: “Ya, saya merindui Ronaldo. Beliau menjadikan Real Madrid lebih kuat. Beliau juga menjadikan La Liga lebih kompetitif.”

“Saya pernah kata, mereka akan merasai impak kehilangan Ronaldo. Kerana mana-mana pasukan akan merasai perkara yang sama jika kehilangan pemain seperti beliau.”

“Ketika saya menyatakan semua pasukan [dalam La Liga] akan merasai kehilangan Ronaldo, para penyokong Real Madrid agak marah dan saya tetap dengan pendirian saya bahawa itulah hakikatnya.”

“Ada sesetengah orang akan marah, tetapi itulah realiti. Beliau menjaringkan sekitar 50 gol untuk mereka dalam setiap musim. Itu telah menjadi faktor utama kejayaan mereka. Dan kini seluruh La Liga merasai kehilangan beliau.”

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dianggap antara perseteruan terhebat dalam sejarah bola sepak. Ronaldo pernah mengakui beliau dan Lionel Messi bukan sahabat baik di luar padang, namun mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Dalam bola sepak memang akan ada pemain yang akan datang dan pergi. Real Madrid kehilangan Ronaldo dalam keadaan mereka tidak mampu mencari pengganti yang baik ataupun mampu mengisi sekurang-kurangnya 70%-80% sumbangan Ronaldo kepada pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN