Rusia 2018: Demi Ibu, ‘Messi Iran’ Bersara Daripada Bola Sepak Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Penyerang Piala Dunia Iran, Sardar Azmoun mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada usia 23 tahun.

Pemain yang digelar ‘Messi Iran’ berkata keputusan tersebut diambil oleh beliau selepas ibunya sakit akibat melihat dan mendengar maki hamun dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Sebelum ke Piala Dunia, Azmoun telah menjaringan 23 gol daripada 33 penampilan antarabangsa bersama Iran.

Messi Iran ini tidak menjaringkan sebarang gol untuk skuad kendalian Carlos Queiroz di Rusia, dan Iran terpaksa menamatkan saingan Piala Dunia di belakang Sepanyol serta Portugal di dalam Kumpulan B.

Menjaringkan 11 gol dari 14 penampilan di pusingan kelayakkan ke Rusia, Azmoun beraksi 90 minit di dalam setiap perlawanan saingan Kumpulan B.

Iran menewaskan Maghribi di perlawanan pertama, sebelum tewas kepada Sepanyol dan mengikat Portugal di perlawanan terakhir di Rusia.

(Photo by Roman Kruchinin / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read ROMAN KRUCHININ/AFP/Getty Images)

Mengenai keputusan mengejutkan ini, Azmoun menyifatkan ianya sebagai satu keputusan yang sukar dan menyakitkan, namun harus diambil.

Azmoun menjelaskan kritikan yang keterlaluan terhadap dirinya adalah penyebab utama ibunya jatuh sakit.

“Ibu saya sebelum ini semakin sihat, dan saya juga gembira,” ujar Azmoun yang beraksi bersama Rubin Kazan di Rusia.

“Namun disebabkan sikap buruk sebahagian orang, segala kritikan melampau dan kecaman yang saya dan rakan sepasukan yang tidak sewajarnya kami terima, ibu saya jatuh sakit dan menjadi tenat.”

(Photo by Roman Kruchinin / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read ROMAN KRUCHININ/AFP/Getty Images)

“Ini meletakkan saya pada situasi sukar, dan saya terpaksa membuat pilihan. Sudah tentu saya memilih ibu saya.”

Penampilan sulung Azmoun bersama Iran tiba ketika beliau berusia 19 tahun.

Beliau adalah penjaring terbanyak ke-5 sepanjang zaman untuk Iran, dan sering kali disamakan dengan legenda bola sepak negara tersebut, Ali Daei.

Ali Daei memegang rekod sebagai penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa dengan 109 jaringan daripada 149 penampilan.