Messi Dedahkan Gol Menentang Man United Pada 2009 Adalah Yang Terbaik Beliau Jaringkan

Bintang Barcelona, Lionel Messi seperti yang kita semua tahu telah menjaringkan beratus-ratus gol dalam karier beliau di peringkat kelab dan juga antarabangsa.

Namun dalam banyak-banyak gol yang beliau hasilkan, gol manakah yang menjadi kegemaran beliau?

Dalam satu sesi temu ramah bersama FIFA, Messi mendedahkan gol beliau ketika perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Manchester United pada tahun 2009 adalah gol terbaik yang pernah beliau jaringkan.

Hal ini kerana gol tersebut terhasil menerusi tandukan yang menewaskan Edwin Van Der Sar ketika itu.

“Gol terbaik bagi saya adalah ketika perlawanan akhir UCL pada 2009. Gol itu saya jaringkan menggunakan kepala!”

Tidak hairan mengapa Messi berkata demikian, hal ini kerana jaringan menggunakan tandukan adalah sesuatu yang agak asing bagi Messi.

Selain itu, beliau turut menjawab beberapa soalan lain seperti stadium manakah yang terbaik bagi beliau?

“Nou Camp,” jawab Messi secara ringkas.

Messi juga turut menamakan beberapa nama penjaga gol yang paling sukar beliau pernah hadapi sepanjang kariernya.

“Saya pernah berhadapan dengan ramai penjaga gol akan tetapi Gianluigi Buffon dan juga Manuel Neuer adalah 2 penjaga gol yang terbaik.”

“Ramai penjaga gol yang pernah saya hadapi. Oh ya, tidak dilupakan Iker Casillas.”

Messi juga menjelaskan nikmat terhebat menjadi pemain bola sepak adalah apabila profesion itu dapat dinikmati setiap hari.

“Perkara terbaik apabila menjadi pemain bola sepak adalah kita dapat menikmati profesion itu.”

“Saya sukakannya sejak kecil dan saya mampu lakukannya yang di mana ramai orang memerhatikan saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN