Messi & Barcelona Masih Mahu Bersama Walaupun Sudah Umum Berpisah

Lionel Messi

Nampaknya, ada perkembangan baharu kepada drama ini.

Sebelum ini, kita saksikan yang Barcelona telah berpisah dengan legenda mereka iaitu Lionel Messi.

Majlis perpisahan telah dilakukan, dan kini desas-desus menyatakan Messi bakal ke Perancis untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) telah pun berlegar-legar.

Tiba-tiba, laporan muncul mengatakan yang Barcelona masih mahukan Messi!

Laporan di Sepanyol mendapati Barcelona masih akan melakukan percubaan terakhir mereka untuk mendapatkan Messi dengan memberikan kontrak baharu.

Perkhabaran tersebut mendapati Messi dan Barcelona sudah duduk berbincang mengenai potensi kontrak baharu selepas majlis perpisahan mereka.

Messi melihat yang peluang untuk kekal di Barcelona belum lagi tamat, begitu juga dengan kelab itu.

Punca belum sampai

Melihat kepada laporan tersebut, ianya memberikan sedikit gambaran apa yang terjadi kenapa Messi masih belum lagi bergerak ke Paris untuk menyertai PSG.

Menurut Fabrizio Romano, kelab itu tidak merancang sebarang bentuk majlis pengenalan pemain itu pada Selasa dan mereka sedang optimis menunggu kehadiran Messi.

Selepas ‘Bercerai’ Dengan Barcelona, Messi Dijangka ‘Rujuk’ Semula Bersama Neymar

Romano berkata, semua pihak di PSG mahu selesaikan hal perpindahan Messi dengan segera tetapi mereka tidak mahu mendesak pemain itu sehingga ianya tidak terlaksana.

Apa yang mereka boleh lakukan hanyalah bersabar dan menantikan sahaja.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply