Lionel Messi Sanggup Hilang Ballon d’Or Asalkan Neymar Kekal Di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Dalam keadaan terdesak untuk memastikan Neymar tidak meninggalkan Nou Camp untuk berpindah ke PSG, Lionel Messi sanggup untuk menyerahkan gelaran Ballon d’Or kepada Neymar pada musim mendatang.

Pemain bintang dari Argentina itu beserta Luis Suarez dilaporkan menawarkan perjanjian sedemikian untuk menghalang perpindahan bernilai €222 juta Neymar ke Parc des Princes beberapa minggu yang lalu.

(Photo by Albert Llop/Anadolu Agency/Getty Images)

Ideanya ialah untuk memastikan Neymar tampil sebagai bintang utama Barcelona dengan dibantu oleh 2 gandingan yang telah membentuk antara trio serangan paling digeruni di dunia.

Perbincangan dengan Neymar oleh Messi dan Suarez dilaporkan berlaku ketika jelajah pra musim gergasi Catalan tersebut di Amerika Syarikat beberapa minggu yang lalu.

Messi dilaporkan telah menggunakan pelbagai cara untuk meyakinkan bekas rakan sepasukannya dari Brazil itu untuk kekal bersama Barcelona.

“Apa yang anda mahukan? Anda mahu memenangi gelaran Ballon d’Or? Kami akan membantu anda untuk memenangi Ballon d’Or,” demikian kata-kata Lionel Messi seperti yang telah dilaporkan oleh Diario Sport, sebuah tabloid berbahasa Sepanyol.

Malah Messi sanggup untuk beraksi sebagai playmaker pasukan untuk membenarkan Neymar mempunyai lebih peluang untuk beraksi di fokal serangan pasukan gergasi dari Catalan itu.

Messi jelas serius dengan kata-katanya itu.

Peranan baharu Messi tersebut terbukti dengan aksinya ketika menentang Manchester United dan juga Juventus.

Hasilnya, Neymar menjaringkan satu gol dalam kemenangan 1-0 menentang Manchester United dan menghasilkan 2 gol ketika Barcelona menewaskan Juventus dengan jaringan 2-1.

Bagaimanapun janji Messi jelas tidak diendahkan oleh Neymar lagi. Neymar disahkan sebagai pemain termahal dunia apabila perpindahan beliau ke PSG direalisasikan.

(Photo by Ira L. Black/Corbis via Getty Images)

Lionel Messi jelas bersedih dengan pemergian tersebut dengan kata-kata ucapan menyentuh hati di dalam laman instagram peribadi miliknya.

“Ia merupakan satu kegembiraan untuk berkongsi kejayaan bersama anda selama beberapa tahun ini. Neymar Jr, saya mengucapkan selamat maju jaya untuk lembaran baru dalam kehidupan anda,” kata Messi dalam muat naik berkenaan.

Neymar turut menjawab ucapan selamat tinggal dari sahabat yang dikatakan menjadi punca utama perpindahan penyerang berusia 25 tahin itu ke Perancis.

Neymar menjawab: “Terima kasih sahabat. Saya akan merindui anda.”

Di kala Neymar melakukan debut penuh bergaya, menjaringkan 1 gol dan menghasilkan 1 bantuan gol untuk rakan sepasukan barunya di PSG dalam kemenangan 3-0 ke atas Guingamp di saingan Ligue 1, Messi dan bekas rakan sepasukan Neymar di Barcelona tewas 3-1 dalam perlawanan Supercup Sepanyol.

Barcelona turut dilaporkan sedang memburu bintang Liverpool dari Brazil, Philippe Coutinho sebagai pengganti kepada Neymar.

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Selepas mengesahkan penyertaan Paulinho daripada Guangzhou Evergrande beberapa hari yang lalu, Barcelona turut mengintai pemain sayap Borussia Dortmund, Ousmana Dembele.

Sumber:

1. Pete Janson, Daily Mail (2017): Lionel Messi promised Neymar he would make him a Ballon d’Or winner in a last-ditch attempt to get the Brazilian to stay at Barcelona before his £198m move to PSG; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4792890/Lionel-Messi-told-Neymar-win-Ballon-d-Or.html

2. Mick Gadd, Mirror (2017): Lionel Messi told Neymar he’d make him a Ballon d’Or winner in desperate bid to keep Brazilian at Barcelona; http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/lionel-messi-told-neymar-hed-10994328