30 Fakta Dan Statistik Menarik Tentang Lionel Messi Sepanjang Karier

30

Nombor 30 adalah sinonim dengan nombor jersi pertama Lionel Messi dalam pasukan senior Barcelona. Dan selamat hari jadi ke-30 Messi.


29. Messi masuk Deco keluar

Deco adalah pemain yang berada dalam prestasi terbaik ketika bersama Barcelona. Beliau adalah pemain yang digantikan Messi ketika debut.

28. 1 May 2005

Gol pertama Messi untuk Barcelona ketika menentang Albacete. Menjadikan beliau penjaring gol termuda dalam sejarah kelab ketika itu. Rekod itu dipadamkan Bojan.

27. Peristiwa ‘Gone In 90 Second’

Debut Messi untuk Argentina tidak indah. Beliau dilayangkan kad merah selepas hanya 90 saat di dalam padang ketika menentang Hungary pada usia 18 tahun.

26. Emas Olimpik

Messi membantu Argentina menang emas Olimpik 2008 di Beijing.

25. Pecahkan rekod 60 tahun

Pada Mac 2012, Messi menjaringkan gol ke-233 untuk Barca. Rekod lama dipegang Cesar Rodriguez selama 60 tahun.

24. Guinness Record

Messi dianugerahkan Rekod Dunia Guinness pada 2012 dengan menjaringkan 91 gol semusim. Rekod lama dipegang Gerd Muller dengan 85 gol semusim.

23. Tanpa Trofi

Messi hanya ada 1 musim tanpa trofi di Barcelona iaitu pada 2007/08.

22. 30 Trofi

Pada usia 30, ketika artikel ini diterbitkan, Lionel Messi sudah ada 30 trofi bersama Barcelona.

21. 1 persaraan dan kembali

Messi pernah mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa. Tetapi melakukan u-turn selepas sebulan. Presiden Argentina antara yang memujuk beliau.

20. Kuasa komersil

Messi menjadi pemain bola sepak yang memiliki kuasa komersil yang kuat. Antaranya dengan permainan video FIFA dan PES. Beliau memiliki deretan nama syarikat besar menaja beliau. Antaranya Adidas, Turkish Airlines dan Pepsi. Jumlah hak imej Messi ketika ini sekitar £21 juta.

19. Pesta 50 gol semusim

Pada musim 2011/12, Messi menjadi pemain pertama menjaringkan 50 gol semusim di La Liga.

18. Ratio 1.217

Musim 2011/12 juga menyaksikan purata gol Messi dalam semua pertandinga adalah 1.217 per perlawanan.

17. Penalti

Messi setakat ini sudah menjaringkan 74 gol menerusi sepakan penalti dan gagal sebanyak 20 kali. Ini bermakna, 13.1% daripada semua gol beliau adalah menerusi penalti dengan ratio jaringan penalti 77.5%.

16. Hand Of God

Messi ada versi hand of god beliau sendiri ketika menentang Espanyol pada 2007.

15. ‘Simply The Chest’

Terpampang di dada akhbar Inggeris, ‘Simply The Chest’ ketika Messi menjaringkan gol dengan dada ketika menentang Estudiantes dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia 2009. Satu-satunya jaringan Messi dalam masa tambahan.

16. Persembahan lewat ( Late Show)

Messi sudah menjaringkan 141 gol untuk minit perlawanan ke-75 dan ke atas.

15. Penembak jauh

88 gol Messi dalam karier beliau adalah dari luar kotak penalti.

14. Konsisten

Messi konsisten menjaringkan 40 gol atau lebih untuk kelab dan negara sejak 2008.

13. 4 x 4

Setakat ini Messi sudah 4 kali menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan.

12. 5 gol

Messi menjadi pemain pertama menjaringkan 5 gol dalam perlawanan UCL. Ianya dilakukan beliau ketika Barca menang 7-1 ke atas Bayer Leverkusen pada 2012.

11. Kesebelasan Dunia

Messi sentiasa tersenarai dalam FIFA World 11 sejak 2007.

10. Sevilla

Messi memang igauan kepada mana-mana pasukan tetapi Sevilla adalah kelab yang paling banyak bocor dengan 29 kali.

9. Double-Treble

Messi memenangi treble 2 kali dengan Barca iaitu pada 2008/09 dan 2014/15.

8. 82% gol

82% gol Messi adalah dengan menggunakan kaki kiri.

7. 701 perlawanan 565 gol

Setakat ini Messi sudah menjaringkan 565 gol daripada hanya 701 perlawanan untuk kelab dan negara. 507 daripadanya adalah untuk Barcelona dalam 583 perlawanan.

6. Aksi 6-1 vs PSG

Kemenangan 6-1 Barcelona ke atas PSG dalam suku akhir kedua UCL 2016/17 dianggap antara kebangkitan luar biasa dalam bola sepak dunia. Messi terlibat di dalam perlawanan tersebut.

5. 5 Ballon d’ Or

4. Gagal dalam final antarabangsa

Messi gagal menang dalam 4 final antarabangsa melibatkan beliau dan Argentina.

3. 349 gol dalam La Liga

Setakat ini, Messi sudah menjaringkan 349 gol dalam La Liga dan beliau masih sangat aktif.

Ini menjadikan Messi penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga mengatasi Telmo Zarra. Rekod Zarra dipecahkan pada 2015.

2. 2 Pasang kasut emas

Messi setakat ini sudah memenangi 4 kasut emas untuk Eropah ataupun 2 pasang.

1. Nombor 1

Tidak syak lagi Messi adalah pemain terbaik di Barcelona dan antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN