Mesej Selamat Tinggal Ringkas Ibrahimovic Kepada Penyokong Manchester United, Sah Jadi Ejen Bebas!

Zlatan Ibrahimovic mengesahkan pemergian beliau dari Manchester United secara rasmi. Beliau akan menjadi ejen bebas berkuatkuasa dari 2 Julai 2017.

Kontrak beliau dengan Manchester United sehingga 1 Julai 2017. Ibrahimovic menggunakan laman instagram beliau mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Manchester United.

Beliau menggunakan kapsyen ringkas yang diinspirasi dari ayat Julius Caesar. Ibrahimovic menulis dalam nada Zlatanesuqe:

‘Saya datang. Saya janji. Saya tawan’ (I cam. I said. I conquer)

Beliau berjaya membantu Manchester United menang 2 Piala dan 1 Perisai Komuniti. Menjadi pemain penting Manchester United setiap minggu dalam kempen mereka musim lalu.

Manchester United turut layak ke UCL pada musim hadapan setelah menjuarai UEL. Namun musim Ibrahimovic dengan United berakhir lebih awal selepas kecederaan ACL pada April.

Ibrahimovic menjadi penyerang pertama menjaringkan lebih 20 gol semusim untuk United selepas Robin Van Persie. Beliau menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan untuk skuad kendalian Mourinho.

Pada Disember 2016, beliau menjaringkan 6 gol daripada 7 perlawanan Liga. Membolehkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik bulanan. Ibrahimovic pastinya akan dirindui oleh penyokong United selepas ini.

Ibrahimovic masih dalam proses rehabilitasi pemulihan daripada kecederaan ligame beliau.

Semoga Zlatan kembali beraksi semula di padang dengan segera!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN