Merungkai Krisis Di Barcelona, Messi Perlu Tunggu Sehingga Januari Untuk Beraksi?

Barcelona Lionel Messi 2020

Usaha Barcelona untuk melakukan penjimatan gaji dan menurunkan angka yang mereka perlu bayar untuk pendapatan pemain menemui jalan buntu.

Masalah ini merupakan punca utama kelab Catalan itu berhadapan kesukaran memberikan kontrak baharu kepada Lionel Messi.

Buat masa ini pihak kelab harus memastikan bajet kewangan untuk gaji bersesuaian dengan had perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh La Liga untuk musim hadapan.

Sekiranya gagal, Barcelona berhadapan risiko kegagalan untuk mendaftarkan bukan sahaja Messi, tetapi juga muka baharu yang dibawa masuk seperti Memphis Depay, Sergio Aguero, Eric Garcia dan Emerson Royal.

Tarikh tutup

Masa tidak menyebelahi Barcelona untuk menutup permasalahan mereka buat masa ini. Barcelona perlu mendaftar Messi dan pemain-pemain lain selewat-lewatnya pada 31 Ogos, iaitu hari terakhir jendela perpidahan La Liga aktif.

Namun di peringkat dalaman, Ronald Koeman pasti mahu semua permasalahan ini diselesaikan sebelum 15 Ogos iaitu sebelum perlawanan pertama musim baharu menentang Real Sociedad di Nou Camp.

Presiden La Liga, Javier Tebas sudah menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan Barcelona mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

Jika keadaan ini berterusan, Messi yang dijangka ditawarkan kontrak lima tahun tidak akan dapat beraksi untuk Barcelona sehingga sekurang-kurangnya pada Januari akan datang.

Ia mengingatkan kita kepada pemain tengah Getafe, Pedro Leon apabila kelab mengalami masalah sama pada 2014.

Apa Barcelona sudah usahakan?

Barcelona suah berjaya mengeluarkan ramai pemain muda dan mereka yang jarang mendapat peluang untuk beraksi sepanjang jendela perpindahan musim panas ini.

Ia termasuk pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Konrad de la Fuente yang berhijrah ke Marseille. Masalah utama Barcelona ialah kegagalan mereka untuk mengurus tadbir gaji pemain-pemain lama yang selama ini memperolehi pendapatan mewah di kelab itu.

Sergio Busquets, Jordi Alba an Sergi Roberto misalnya sehingga kini gagal mencapai titik persetujuan untuk pengurangan gaji walaupun perbincangan telah dilakukan dengan ejen masing-masing.

Busquets menerima gaji setinggi €16 setahun, manakala Alba dibayar €13 juta, dan Roberto pula menerima €10.5 juta untuk tempoh yang sama.

Ada apa dengan Griezmann?

Jalan termudah untuk mengatasi masalah struktur gaji di Barcelona ini sebenarnya ada pada Antoine Griezmann. Ini kerana pemain antarabangsa Perancis itu adalah antara penerima gaji tertinggi di kelab itu dengan bayaran €35 juta setahun.

Griezmann jelas enggan gajinya dipotong. Ini bermakna Barcelona tiada pilihan selain daripada mencari cara untuk mengeluarkan pemain itu dari senarai pay roll kelab.

Terdapat perbincangan untuk perpindahan itu berlaku dengan Atletico Madrid, di mana Barcelona turut mahukan Saul Niguez sebagai ganti di Nou Camp. Perbincangan di antara kedua-dua kelab bagamanapun menemui jalan buntuk selepas gagal mencapai titik persetujuan mengenai nilai pemain.

Griezmann sebenarnya tidak kisah untuk berpindah balik ke Atletico untuk menghidupkan kembali kariernya yang jatuh merudum sejak perpindahan ke Nou Camp pada 2018. Malah pemain antarabangsa Perancis itu lebih sanggup kembali ke Atletico daripada dijual ke kelab Premier League.

Deretan pemain lain

Selain Griezman, beberapa pemain lain juga sudah diberitahu tidak akan mempunyai masa depan di kelab Catalan itu. Antaranya adalah Miralem Pjanic dan Samuel Umtiti, namun kedua-duanya belum menunjukkan sebarang petanda akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Seperti Griezmann, Pjanic telah menarik perhatian beberapa kelab dar Itali. Masalahnya Pjanic enggan menerima pengurangan gaji, dan tidak ada kelab-kelab di Itali yang berkemampuan membayar gaji besar yang diterima pemain antarabangsa Bosnia itu pada ketika ini.

Begitu juga dengan Philippe Coutinho yang menerima gaji €24 juta setahun dan Neto (€6.5 juta). Kedua-duanya juga adalah antara calon yang mahu dilepaskan, tetapi berkemungkinan akan terus kekal di Nou Camp pada musim ini.

Barcelona membayar £142 juta untuk Coutinho kepada Liverpool pada 2018, dan sukar untuk mendapat nilai sama sekiranya menjual pemain itu.

Pada masa yang sama, Ronald Koeman pasti tidak mahu kehilanga Neto selepas penjaga gol utama, Marc-Andre ter Stegen terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Penutup

Gambaran di atas menjelaskan situasi rumit yang dihadapi Barcelona akibat masalah kewangan dan struktur gaji tidak masuk akal ditawarkan kepada pemain mereka sebelum ini.

Mampukah Barcelona keluar dari kemelut ini? Berjayakah Barcelona mengejar masa yang semakin suntuk untuk mendaftarkan Messi, Depay, Eric Garcia, Aguero dan Emerson?

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarrabangsa:

Wijnaldum Ke PSG Kerana Pochettino, Nafi Dipengaruhi Wang Lumayan

Hampir Ditembak Kartel Dadah, Richarlison Kini Bintang Harapan Emas Brazil

Kelebihan Dan Kekurangan Bintang Baru Arsenal Ben White

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply