‘Meremang Bulu Roma’ – Lihat Suasana & Sorakan Luar Biasa Penyokong Newcastle United Di Era Baharu

Penyokong Newcastle United

Penyokong Newcastle United ternyata sangat gembira apabila kelab kesayangan mereka akhirnya keluar dari cengkaman taikun syarikat pakaian sukan, Mike Ashley selaku pemilik selama 14 tahun.

Keghairahan mereka menyambut era baharu The Magpies dizahirkan ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur pada ahad apabila semua 52,000 tiket perlawanan di St. James Park habis terjual.

Kali terakhir semua tujuh kawasan tempat duduk stadium tersebut penuh adalah pada May 2019 ketika tewas 2-3 kepada Liverpool yang juga merupakan perlawanan terakhir Rafael Benitez bersama Newcastle United.

Era Mike Ashley sebagai pemilik sering dikritik oleh penyokong kerana kurangnya pelaburan untuk membawa pemain baharu ke St. James’ Park serta turut menyebabkan kelab tersebut tersingkir ke Liga Kejuaraan sebanyak dua kali.

Oleh sebab itu, tidak hairan mengapa penyokong begitu mendambakan pemilik baharu sehinggalah konsortium yang dibiayai oleh Arab Saudi, diketuai oleh usahawan British, Amanda Staveley, melengkapkan pembiayaan bernilai £305 juta kepada jutawan pengusaha sukan itu.

Penyokong yang hadir ke stadium buat kali pertama sejak pengambilalihan itu mewujudkan suasana dan atmosfera yang cukup luar biasa menjelang sepak mula.

Keadaan semakin meriah apabila Callum Wilson menjaringkan gol pembukaan seawal minit kedua. Namun penyokong terpaksa menelan kekecewaan dengan kekalahan 2-3.

Spurs bangkit dengan gol Tanguy Ndombele, Harry Kane dan Son Heung-min sebelum skuad kendalian Steve Bruce tersebut mendapat gol saguhati hasil gol sendiri Eric Dier pada penghujung permainan.

Perlawanan ini turut menyaksikan insiden seorang penonton di tempat duduk penyokong mengalami serangan jantung sebelum tindakan dua pemain Tottenham Sergio Reguilon dan Eric Dier serta pengadil perlawanan menyelamatkan keadaan.

‘Serangan Jantung’ – Tindakan Pantas Sergio Regilon, Eric Dier Selamatkan Nyawa Penyokong Newcastle United

Newcastle kekal di zon penyingkiran dengan hanya mengumpul tiga mata dan masih kemarau kemenangan selepas lapan perlawanan.

Majoriti penyokong mendesak agar pemilik kelab paling kaya di dunia ini agar menyingkirkan Bruce dan mendapatkan jurulatih dan pemain berkelas dunia pada jendela perpindahan bulan Januari ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply