Mereka ini Adalah Merupakan Pengurus Generasi Baru Di Liga Inggeris

Semalam kami ada berkongsi mengenai Craig Bellamy yang telah dirisik oleh sebuah kelab dalam saingan English Football League. Ya, anda rasa masa begitu pantas berlalu?

Begitu juga kami sebenarnya. Namun, kita tidak hairan sebenarnya kerana mereka sudah mempunyai lesen kejurulatihan.

Kita sebenarnya tidak juga menyangka bahawa kelab EFL ini sanggup mempertaruhkan nasib di tangan pengurus muda. Mungkin mereka mahukan aura segar dari ladang English Premier League!

Berikut antara beberapa mantan pemain yang sudah menduduki jawatan pengurus, ini tidak termasuk pengurus interim!

Jimmy Floyd Hasselbaink

Bekas penyerang Chelsea ini dilantik sebagai pengurus Burton Albion pada November 2014. Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun dan setengah untuk bersama Brewers.

Pada ketika itu Burton Albion beraksi dalam saingan EFL League Two. Jimmy berjaya membawa kelab itu menaiki divisyen selaku juara EFL League Two.

Namun, pada penghujung 2015, beliau berhijrah ke Queens Park Rangers. Karier beliau bersama kelab London itu tidak kekal lama kerana beliau dipecat setahun kemudian.

Terkini, beliau bersama Northampton Town, kelab EFL League One. Jimmy menjawat jawatan pengurus pada September tahun lalu.

Harry Kewell

Harry Kewell. Sumber: Australian Herald Sun.

Pemain Australia ini pernah bermain untuk Leeds United, Liverpool dan Galatasaray. Selain itu, beliau pernah bermain di kelab negaranya iaitu Melbourne Victory.

Harry memegang rekod sebagai pemain termuda melakukan penampilan buat Socceroos. Rekod itu dipecahkan pada tahun 1996 di mana beliau membuat penampilan pada usia 17 tahun 7 bulan.

Pada 2015, beliau kembali ke England dan dilantik sebagai jurulatih pasukan bawah-23 tahun Watford. Tetapi pada Mei 2017, beliau telah dipilih sebagai pengurus Crawley Town.

Crawley Town kini menduduki tangga ke-9 carta EFL League Two. Mungkinkah beliau dapat membawa kelab digelar Red Devils ini naik ke EFL League One?

Beliau merupakan pengurus dari Australia pertama dilantik sebagai pengurus kelab di liga Inggeris.

David Dunn

David Dunn. Sumber: BBC.

Anda ingat-ingat lupa bekas pemain tengah Blackburn Rovers ini? Beliau sebenarnya masih bersama kelab ini, tetapi sebagai pembantu jurulatih skuad bawah-23 Rovers.

Sebenarnya Rovers bukanlah kelab terakhir beliau sebagai pemain. Tetapi sebenarnya Oldham Athletic!

Pada awal musim 2015-16, Oldham Athletic memberikan beliau kontrak setahun. Namun tidak disangka beliau dipilih sebagai pemangku pengurus setelah pengurus sebelum ini, Darren Kelly dipecat.

Oktober pada tahun sama, David dilantik menjadi pengurus tetap kelab itu. Sayangnya menjelang Januari 2016, perkhidmatannya ditamatkan kerana gagal memberikan keputusan perlawanan yang baik.

Oleh itu, beliau kembali ke Rovers meskipun sempat mengemudi Oldham sebanyak 20 perlawanan!

Kevin Nolan

Kevin Nolan sewaktu bersama Orient. Sumber: Telegraph.

Beliau dipilih menjadi pemain-pengurus oleh Leyton Orient pada Januari 2016. Pada ketika itu Orient beraksi dalam saingan EFL League Two.

Dek kegagalan membimbing Orient untuk menduduki slot play-off, kelab itu merombak organisasi pengurusan. Beliau hanya disingkirkan sebagai pengurus tetapi masih kekal sebagai pemain.

Tetapi pada Julai 2016, beliau meninggalkan Orient. Tetapi, peluang kedua hadir buat Kevin apabila dilantik sebagai pemain-pengurus untuk Notts County.

Beliau dilantik sebagai pengurus Magpies pada Januari 2017. Hasilnya, Magpies menduduki tangga ke-16 EFL League Two.

Satu usaha yang baik, bukan?

Shaun Derry

Shaun Derry, sumber: Devon Online.

Beliau pernah beraksi untuk Queens Park Rangers beberapa musim lalu dalam saingan Premier League. Kemudiannya pada penghujung musim 2013-14, beliau bersara sebagai pengurus.

Karier pengurusannya yang sulung ialah bersama Notts County dari November 2013 sehingga Mac 2015. Namun, beliau kemudiannya dipecat oleh kelab itu.

Kelab keduanya sebagai pengurus ialah Cambridge United. Shaun dilantik sebagai pengurus kelab itu pada November 2015. Beliau berjaya membimbing Cambridge untuk menduduki tangga separuh teratas EFL League Two.

Sayangnya, pada awal bulan ini, beliau ditunjuk jalan keluar sebagai pengurus oleh kelab itu.

Penutup

English Football League boleh dikatakan sebagai medan latihan buat pengurus generasi baru. Kami rasakan mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi peluang merasai menjadi pengurus di kelab English Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN