Menteri KBS Berharap Piala Malaysia 2020 Akan Tetap Diteruskan

Piala Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican tanpa berselindung mengakui bahawa baki perlawanan TM Piala Malaysia 2020 perlu diteruskan walaupun pada ketika ini saingan paling tertua di Asia itu terpaksa ditangguhkan susulan gelombang ketiga wabak COVID-19 yang melanda tanah air.

Pendapat itu disuarakan oleh beliau ketika menjawab soalan tambahan diberikan Ahli Parlimen Bachok, Yang Berhormat Tuan Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz pada sidang Parlimen yang diadakan hari ini.

Kelmarin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa saingan yang sudah memasuki persaingan suku akhir itu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Sehubungan dengan itu, Reezal tetap dengan pendiriannya dalam memperjuangkan isu ini supaya MKN dapat mempertimbangkan rayuan bagi memberikan kebenaran pasukan bertanding untuk meneruskan baki perlawanan tersebut.

”Keduanya saya nak menjawab soalan kedua yang agak penting ialah berkaitan dengan COVID. COVID ini meninggalkan kesan dan salah satu yang memang ditanya-tanya oleh peminat bola sepak di luar sana ialah berkaitan dengan Piala Malaysia.”

”Piala Malaysia yang terpaksa ditangguh walaupun berbaki tujuh [perlawanan]. Secara peribadi selaku Menteri Belia dan Sukan, memang saya amat berharap supaya tujuh perlawanan ini dapat diteruskan di negeri-negeri yang dianggap sebagai hijau [Kelantan dan Pahang].”

”Namun, kita akur kepada MKN dan melihat bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat jauh lebih penting di samping juga kesediaan dua negeri tersebut untuk memberikan kebenaran.”

”Tetapi apa pun Insyaallah, KBS [Kementerian Belia dan Sukan] akan mengemukakan rayuan demi rayuan setiap kali menyaksikan bila mana ada penurunan kes COVID bagi memastikan sukan bola sepak yang diminati oleh rakyat ini tetap mendapat tempat di negara kita,” ujar Reezal.

MFL dalam satu kenyataan pada semalam telah mengemukakan rayuan kepada MKN untuk meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2020 dengan perancangan khas iaitu mengadakan perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final di venue berkecuali, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kredit featured image: Facebook Reezal Merican Naina Merican

Baca artikel terkini tentang perkembangan bola sepak tanah air:

Azraai Khor: Gelanggang Tidak Terlibat Kawasan PKPB Pilihan Terakhir Teruskan Piala Malaysia

Pengurus TFC: Kalau Piala Malaysia Batal, Kamilah Yang Untung

Piala Malaysia 2020: Aidil, Manzoor Tiada Masalah Beraksi Di Gelanggang Berkecuali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN