Menjejak Bekas Pemain Bolton Wanderers Musim 2011/12

Sebelum ini, kami berkongsi kisah mengenai sebahagian pemain yang beraksi bersama Blackpool. Kali ini kami menceritakan ke mana arah sebahagian pemain Bolton Wanderers pada musim 2011/12.

Musim itu menyaksikan Manchester City meraih kejuaraan dengan beza defisit gol. Tetapi tahukah anda, sebenarnya Queens Park Rangers terselamat daripada penyingkiran divisyen disebabkan Bolton Wanderers seri menentang Stoke.

Andainya Bolton menewaskan Stoke manakala QPR tewas pada hari terakhir liga, Bolton kekal dalam saingan Premier League. Namun, takdir tidak menyebelahi kelab yang digelar Trotters itu.

Pindah

Pada perlawanan penentu tersebut, Adam Bogdan diturunkan sebagai penjaga gawang untuk Bolton. Adam kini bersama Liverpool biarpun pernah dipinjamkan seketika oleh Wigan Athletic pada musim lepas.

Zat Knight, Sam Ricketts, Dedryck Boyata dan Tim Ream ditugaskan sebagai pertahanan Bolton pada perlawanan itu.

Setelah tersingkir divisyen, Zat Knight kekal hanya semusim bersama Bolton. Selepas itu, barulah beliau berhijrah ke Colorado Rapids dalam saingan MLS. Zat bersara pada 2015 ketika bersama kelab terakhirnya, Reading.

Sam Ricketts turut meninggalkan Bolton pada 2013. Beliau kemudiannya beraksi untuk Wolverhampton Wanderers. Pemain Wales itu turut menggantung but pada November 2016.

Dedryck Boyata ketika bersama Bolton.

Dedryck Boyata pulang ke Cityzens setelah tamat musim. Manchester City meminjamkan beliau ke kelab Belanda, Twente pada musim seterusnya. Tetapi pada 2015, Celtic Glasgow mendapatkan khidmat beliau dengan harga 1.5 juta pound sahaja! Keputusan Dedryck ke Celtic berbaloi kerana beliau sudah ada dua medal Scottish Premiership.

Tim Ream pula kini bersama Fulham. Beliau berhijrah ke kelab London itu pada 2015.

Pada musim itu juga, tunjang utama pertahanan Bolton, Gary Cahill berhijrah ke Chelsea. Ya, Bolton melepaskannya sewaktu tingkap perpindahan Januari 2012.

Paul Robinson turut meninggalkan Bolton untuk bersama Birmingham City.

Marcus Alonso jarang diturunkan kelab itu pada musim tersebut. Namun ia tidak menghalang pemain itu mendapat pengalaman.

Akhirnya, Chelsea memancing beliau pada Ogos 2016. Beliau menjadi pemain The Blues yang meraih kejuaraan liga musim lepas.

David Wheater, sumber; Bolton News.

Anda ingat David Wheater? Ya, beliau masih setia bersama Trotters hingga hari ini. Meskipun turun naik liga, beliau amat gembira dengan kelab itu.

Pemain tengah

Chris Eagles menjadi pemain Bolton sehingga 2014. Kemudian beliau berkelana ke banyak kelab seperti Blackpool, Charlton dan Port Vale. Graduan Akademi Manchester United itu kini beliau tinggal di Scotland dan beraksi untuk Ross County.

Pemain sayap berasal dari Bulgaria, Martin Petrov kini juga sudah bersara. CSKA Sofia telah menjadi kelab terakhirnya sebelum menamatkan karier pada 2014. Anda tentu masih ingat kehebatan Petrov ketika bersama Manchester City satu ketika dahulu.

Mark Davies pula menjadi ejen bebas setelah tamat 2015/16. Beliau dilepaskan setelah kelab itu sah beraksi dalam saingan EFL League One musim 2016/17. Mereka tersingkir dari EFL Championship.

Nigel Reo Coker, sumber: Pinterest.

Nigel Reo-Coker turut menjadi ejen bebas. Pada 2012, beliau memutuskan untuk ke Ipswich Town. Beliau hanya bertahan sehingga Januari 2013 sebelum ke Kanada untuk Vancouver Whitecaps. Namun, kelab terakhirnya ialah bersama Start dalam saingan liga Norway.

Lee Chung-Yong masih bermain, kelab terkininya ialah Crystal Palace. Beliau menjadi pemain bagi kelab selatan London itu sejak musim 2015 setelah berpindah dari Bolton.

Penyerang

Ivan Klasnic berhijrah pula ke Jerman untuk Mainz setelah kelab itu tersingkir ke EFL Championship.

David N’Gog agak lama bersama Bolton sehingga 2014. Pada 2014, beliau bersama Swansea City. Aksinya sebagai pemain masih lagi boleh dilihat dalam liga Scotland sebagai pemain Ross County.

Apa nasib mereka

Bolton beraksi dalam EFL Championship agak lama. Namun, pada musim 2015/16, mereka menduduki tangga ke-24 dalam saingan EFL Championship.

Mereka disingkirkan ke EFL League One. Namun, hanya semusim sahaja mereka berada di situ. Bolton menjadi juara EFL League One 2016/17 dan kembali ke EFL Championship.

Adakah anda mempunyai memori berkaitan Bolton Wanderers? Atau adakah anda ingin mereka kembali ke Premier League?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN