Mengenali Apa Itu Trofi EFL, Dan Kenapa Ia Jadi Sasaran Boikot Di England?

Bagi peminat Football Manager dan FIFA, anda pasti mengenali EFL Checkatrade Trophy bukan?

Banyak pertanyaan dilontar bertanya apa beza Piala EFL yang sebelum ini dikenali League Cup (Piala Liga) atau Trofi (EFL Trophy) yang sebelum ini dikenali sebagai League Trophy.

jpt2

Sebelum itu, EFL adalah merujuk kepada English Football League, yang merupakan stu badan pengendali Championship, League One dan League Two.

Selain itu, EFL juga menjadi pengendali Piala EFL dan Trofi EFL.

Kenapa Trofi EFL diwujudkan?

Istilah yang penting adalah trofi EFL berbeza dengan Piala EFL. Trofi EFL adalah kejohanan yang lebih kecil dan melibatkan pasukan bukan dari EPL.

Secara mudahnya, ia memberikan peluang kepada kelab League One dan League Two untuk memenangi trofi.

Jarang sekali kelab yang berada di League One dan League Two dapat melangkah jauh dalam mana-mana kejohanan perdana domestik sama ada EFL Cup dan Piala FA.

Apakah syarat kelayakan untuk bertanding Trofi EFL?

Pada mulanya, hanya kelab League One dan League Two sahaja yang dibenarkan bertanding.

Namun pada musim 2000-01 sehingga 2005-06, 8 kelab dari Conference Premier (kini dikenali: National League) diberikan jemputan untuk turut serta.

Tetapi, mulai musim ini EFL mengambil keputusan untuk menjemput 16 pasukan akademi atau simpanan kelab Premier League dan Championship menyertai kejohanan ini.

Antara kelab yang menolak pelawaan menyertai kejohanan ini seperti Manchester City, Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Newcastle.

Kontroversi?

Ya, keputusan EFL itu sangat kontroversi. Kerana ia akan merosakkan reputasi sedia ada kejohanan ini. Bagi kelab-kelab kecil ini, ia merupakan prestij yang perlu dipertahankan.

EFL dilihat sengaja mahu menarik lebih banyak penaja dengan pasukan akademi kelab-kelab besar terutama sekali dalam penyiaran.

Seterusnya ialah format kalah mati penuh telah diubah kepada sistem peringkat kumpulan untuk pusingan awal dan kalah mati untuk pusingan kedua dan ke atas.

Boikot Ke Atas Trofi EFL Musim Ini

Penyokong juga cuba memainkan peranan mereka untuk memboikot perlawanan Trofi EFL ini.

Tekanan boikot ini memaksa EFL yang secara tiba-tiba menyatakan musim ini hanya percubaan. Sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah membentangkan isu ‘percubaan’ ini.

Kehadiran penyokong merosot dengan teruk dan EFL ternyata melakukan kesilapan besar. Penyokong Kelab-kelab EPL teryata tidak begitu teruja untuk menonton pasukan akademi mereka.

Ini adalah laporan kehadiran penyokong pada beberapa perlawanan awal Ogos lalu.

efl2

Jadi, ramai yang memberikan penghormatan kepada kelab-kelab besar seperti Manchester City, Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Newcastle yang enggan mencemari tradisi kejohanan ini.

Di bawah ini imej stadium hampir kosong dari Bloomfield Road ketika perlawanan trofi EFL melibatkan Blackpool vs Cheltenham Town.

blackpoll

Ia antara punca utama EFL kemungkinan besar tidak akan meneruskan usaha untuk mengganggu tradisi Trofi Liga ini. Tetapi adakah kenyataan EFL hanya menyedapkan hati kelab dan penyokong? Sukar dinyatakan.

Rekod

Untuk rekod, Bristol Rovers telah menjulang trofi ini sebanyak 3 kali. Mereka menjulangnya pada 1986, 2003 dan 2015. Musim lalu EFL Trophy dimenangi oleh Barnsley. Barnsley menewaskan Oxford United 3-2 di Stadium Wembley.

Konsep Yang Hampir Sama?

Di Scotland, pengurusan liga (dikenali sebagai Scottish Professional Football League, ringkasannya SPFL) mewujudkan juga pertandingan sebegini.

Ia dikenali Scottish Challenge Cup dan diwujudkan mulai pada musim 1990-91. Dundee menjadi juara pertama.

mgalba

Konsep hampir sama, kelab Scottish Championship, League One dan League Two sahaja dibenarkan bertanding.

Format peringkat kumpulan dan kalah mati juga diwujudkan mulai musim ini. Cuma tiada pasukan akademi atau simpanan daripada Scottish Premiership dijemput menyertai kejohanan ini.

Kesimpulan

Malaysia sudah mewujudkan Liga Bola Sepak Rakyat yang dilihat ‘identical’ dengan kedua-dua kejohanan ini. Memenanginya pun memberikan peluang merasai Liga Malaysia.

Jadi kini ia bukan semata-mata trofi. LBR perlu diberi masa untuk menilai sama ada ia membantu melonjakkan kualiti bola sepak negara.

Baca juga : Penonton Menawarkan Diri Menjadi Pembantu Pengadil Demi Selamatkan Perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN