Apakah Sebab Lelaki Ini Mengelilingi England Dalam Masa 100 Hari?

Percayakah anda bahawa ada orang sanggup mengelilingi England dalam masa semusim untuk menonton perlawanan bola sepak? Ya, 92+1 stadium perlu didatangi untuk menonton perlawanan bola sepak.

Sebenarnya, Ed Wood, dari Leeds dalam percubaan memecahkan rekod untuk menghadiri setiap perlawanan liga Inggeris di setiap stadium dalam masa paling cepat. Beliau juga mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Prostate Canser UK.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Ken Ferris yang menghabiskan 237 hari mengelilingi England pada musim 1994/95.

Sebenarnya, Ed Wood sendiri telah melakukannya pada 1992 dalam tempoh 243 hari. Ini bermakna, beliau mahu menebus semula rekod yang telah terpadam itu! Jika berjaya, rekod ini akan dikemaskini dalam buku Guinness World Records!

Kenapa 93 dan bukannya 92?

93 stadium di England akan dikunjungi Ed Wood untuk menonton perlawanan liga. Ini termasuk stadium di mana Berwick Rangers bermain.

Nota: Berwick Rangers merupakan kelab yang lokasinya di England tetapi bermain di liga Scotland.

Cabaran terbesarnya ialah mendapatkan tiket perlawanan Manchester United di Old Trafford. Ini disebabkan ia cepat habis. Selain itu, kebarangkalian perubahan jadual perlawanan memberi kesan untuk melaksanakan pengembaraannya ini.

Malah, beliau mengambil cuti selama 4 bulan untuk menjayakan misi ini. Ed Wood bekerja sebagai pengurus agensi pinjaman wang.

Kami tertanya juga, kenapa beliau tidak menyokong Leeds United?

Ed memulakan cabarannya di Oldham Athletic pada Ogos lalu. Beliau diberikan tiket percuma oleh kelab tersebut.

Peraturannya mudah, beliau mesti sampai terlebih awal sebelum perlawanan bermula. Malah, mesti menonton perlawanan itu sehingga tamat.

Namun, ada rakannya memberikan cabaran nakal iaitu memintanya memakai pakaian seperti Elvis. Malah, ada juga yang mahukan Ed membunyikan Vuvuzela.

Ada juga cabaran lain seperti berswafoto bersama pengerusi kelab. Ed Wood berjaya berswafoto bersama pengerusi Rotherham United, Tony Stewart.

7 stadium dan 7 perlawanan lagi!

Semasa artikel ini ditulis, Ed Wood baru menghadiri perlawanan ke-86. Perlawanan tersebut di antara Blackpool menentang Yeovil Town dalam League Two. Ekspedisi gila ini telah memasuki hari ke-165!

Baki 7 perlawanan di laman sendiri yang perlu dihabiskan ialah Northampton, Exeter, Wolverhampton, Rochdale, Swindon, Bristol City dan AFC Wimbledon.

Sekiranya pembaca ingin mendapatkan kemaskini, bolehlah melayari akaun Twitter @edwoodchallenge

Semoga berjaya dari kami.

Baca juga: Cadbury Dan Premier League Umum Kerjasama 3 Tahun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN