Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?

JORDAN-MINTAH-TERENGGANU-FC-2021

Mungkin sukar untuk difahami, pemain yang sedang dalam prestasi yang baik seperti Jordan Mintah, akan dikembalikan semula ke skuad Terengganu FC II.

Menurut laporan oleh Stadium Astro, David da Silva dikatakan sudah pulih daripada kecederaan yang dialaminya selepas perlawanan pertama Liga Super 2021. Sepanjang ketiadaannya, tempatnya telah diambil alih oleh penyerang TFC II, Jordan Mintah.

Mengapa pengendali Terengganu, Nafuzi Zain sedia mengambil risiko sebegini di saat Jordan Mintah dalam rentak terbaik? Dalam empat perlawanan, beliau telah meledak tiga gol dan hanya terlepas untuk mencetak gol dalam aksi ketiga berdepan Perak.

Pemain berusia 25 tahun dari Ghana itu telah bersama Terengganu sejak musim lalu dan tampil membantu TFC II menamatkan musim di kedudukan kedua di Liga Premier. Beliau berjaya meledak tujuh gol peribadi dalam 10 penampilannya pada musim lalu.

 

Tujuh gol di Liga Premier 2020 dan tiga gol di Liga Super 2021 membuktikan pemain ini memiliki sentuhan jaringan yang sangat baik. Kedua-duanya telah direkodkan dalam musim pertama beliau tampil beraksi di saingan kedua-dua liga di Liga Malaysia itu.

Menggunakan formasi 4-3-2-1, Terengganu sememangnya mendambakan penyerang yang memiliki kemampuan meledak gol dan ia ada pada Jordan Mintah.

Untuk David da Silva, satu aksi penuhnya dalam perlawanan pertama berdepan UiTM FC tidak menggambarkan kemampuan sebenarnya. Beliau berhasil mencetak satu gol dalam pertembungan yang telah dimenangi oleh Terengganu di Stadium UiTM itu.

Namun, adakah beliau mampu mengulanginya dalam penampilan kedua berdepan PJ City, selepas berehat agak panjang? Nafuzi Zain amat berharap yang beliau dapat menghadirkan impak sebagaimana yang dijelmakan oleh Jordan Mintah.

Memetik kenyataannya di Stadium Astro semalam, “Saya harap kehadiran da Silva dapat memberikan lebih kelancaran buat pasukan Terengganu. Kami memerlukan momentum [kemenangan] untuk bersaing dengan pasukan-pasukan atasan.”

“Jordan Mintah merupakan pemain yang kami pinjam daripada kelab sokongan, Terengganu II, kerana kecederaan da Silva. Memandangkan da Silva sudah kembali, kami memulangkan semula Jordan kepada Terengganu II kerana mereka juga memerlukan penyerang,” jelasnya mengenai situasi penyerang skuad utamanya.

Mengikut rekod David da Silva sejak 2018 sebelum menyertai Terengganu pada musim ini, beliau telah meledak 37 gol dalam 51 penampilan bersama dua buah kelab iaitu kelab Liga 1 Indonesia, Persebaya Surabaya dan Pohang Steelers (K-League 1).

Adakah rekod tersebut yang menjadi andalan buat Terengganu dan Nafuzi Zain ketika melayan kunjungan PJ City pada Jumaat ini di Kuala Terengganu? Risiko yang mereka ambil adalah menggugurkan penyerang yang sedang aktif mencetak gol dan meletak kepercayaan kepada penyerang yang memiliki rekod baik meledak gol.

Baca lagi artikel lain mengenai Jordan Mintah dan Terengganu FC:

Jordan Mintah Mahu Jadikan Selangor II Mangsa Pertama

Penjaring Terbanyak Liga Filipina Jordan Mintah Bakal Sertai TFC II?

Pendekatan ‘Tenang’ Nafuzi Jadikan Pemain Muda TFC Bersemangat Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN