Mengapa Penyokong PSG Benci Pogba?

Sekumpulan penyokong Paris Saint-Germain (PSG) mengganutng sepanduk dengan mesej untuk Paul Pogba, bahawa pemain itu tidak dialu-alukan di kelab Ligue 1 tersebut, selepas khabar angin pemenang Piala Dunia 2018 itu bakal berhijrah ke Parc des Princess dari Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas ini.

Paul Pogba masih mempunyai baki kontrak setahun bersama Manchester United, namun setakat ini enggan memberikan komitmen atau menandatangani kontrak baharu yang ditawarkan kepadanya.

Apa status Pogba bersama Man Utd?

Ia semakin jelas Paul Pogba enggan memperbaharui kontrak bersama Manchester United selepas terdapat laporan beberapa akhbar yang melaporkan minat dari PSG untuk pemain itu.

Pemain antarabangsa Perancis itu dikhabarkan telah menolak tawaran baharu £350,000 seminggu dari Red Devils. Disebabkan pemain itu hanya memiliki baki kontrak selama setahun sahaja lagi, Manchester United dikatakan sanggup melepaskan pemain tengah itu sekiranya menerima tawaran yang berpatutan.

Akhbar Daily Telegraph misalnya berkata Man Utd kini hanya menanti untuk PSG datang dengan tawaran untuk Pogba sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup. Pogba sendiri tidak memberi harapan kepada Man Utd akan menandatangani kontrak baharu yang ditawarkan.

Malah ejen pemain itu yang dikenali kerana sifat kontroversi “mata duitan”, Mino Raiola sudah pun memulakan perbincangan dengan pengurusan PSG untuk terma peribadi dan persiapan dari segi dokumentasi untuk menjana perpindahan Pogba dari Old Trafford pada musim panas ini.

Akhbar tersebut turut berkata PSG percaya tawaran sekitar €50 juta sudah cukup untuk meyakinkan Man Utd menjual Pogba pada musim panas ini, atau berhadapan risiko hilang pemain itu secara percuma apabila kontrak Pogba tamat pada musim panas akan datang.

Man Utd juga dipercayai sedang memburu calon pengganti Pogba di posisi tengah. Buat masa ini tidak jelas sama ada Ole Gunnar Solskjaer mencari seorang pemain yang boleh mengisi terus kekosongan yang bakal ditinggalkan Pogba atau menggunakan wang penjualan Pogba untuk memperkuatkan bahagian pemain tengah bertahan/ defensive midfielder, seperti yang dirancang sebelum ini.

Mengapa Pogba tidak dialu-alukan d Parc des Princes?

Walaupun dianggap wira Perancis di Piala Dunia dan merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dunia, berita ketibaan Pogba tidak disukai oleh segelintir penyokong PSG. Ini kerana Pogba mempunyai perkaitan secara langsung dengan seteru PSG, iaitu Marseille.

Bercakap kepada Canal+ pada 2018, Pogba berkata: “Saya sangat pasti saya tidak akan beraksi di peringkat kelab di Parc des Princes.

“Saya tidak tertarik [bermain bersama PSG] kerana ayah dan ibu saya merupakan penyokong Marseille. Disebabkan itu Paris tidak sesuai dengan pelan [masa depan] saya.”

Kerana ingatkan kata-kata Pogba itu, penyokong PSG menyampaikan mesej mereka dengan menggantung sepanduk bertulis: “Pogba patut dengar nasihat ibunya. Ibunya tidak mahukan Pogba di sini. Begitu juga kami!”

Pogba masih pemain berkelas dunia

PSG akan memperbaharui cabaaran mereka memburu kejuaraan Champions League pada musim akan datang dan melalui musim panas yang sibuk menyambar muka baharu di pasaran pemain.

Antara bintang dunia yang sudah mengesahkan menyertai PSG adalah seperti  Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma dan Gini Wijnaldum yang didatangkan secara percuma.

Mengulas mengenai kemungkinan PSG akan mendapatkan Pogba, Wijnaldum yang beraksi bersama Liverpool selama ini berkata: “Sudah tentu saya mahu melihat Pogba di dalam pasukan ini. Beliau adalah pemain yang hebat. Saya berhadapan dengan beliau banyak kali sebelum ini – beliau pemain yang menakjubkan!

“Jika anda bertanya mana-mana pemain dari pasukan lain jika mereka mahukan Pogba menyertai pasukan mereka, setiap pemain akan berkata ya kerana beliau adalah seorang pemain luar biasa, penuh dengan kualiti.

“Beliau memiliki segala kemampuan, salah seorang pemain tengah terbaik dunia.”

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarabangsa:

10 Kelab Eropah Berbelanja Paling Besar Tatkala Dunia Dilanda Pandemik

Marcelo Bielsa Dianggap Terlalu Bagus Untuk Mengurus Leeds United

Tak Dapat Nombor 7, Sancho Pilih ’25’ Kerana Ikut Teori Ivan Zamorano?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN