Mengapa Klopp Anggap ‘Top 4’ Masih Lagi Kejayaan Penting Buat Liverpool?

Pengurus Liverpool percaya bahawa kelab tersebut masih mampu menamatkan musim ini dengan jayanya sekiranya berjaya melayakkan diri ke pertandingan Champions League pada musim hadapan.

Jurgen Klopp berkata Liverpool masih mempunyai peluag berbuat demikian pada musim ini dengan mensasarkan empat teratas Premier League pada pengakhir musim.

Musim mengecewakan Liverpool

Liverpool disifatkan juara bertahan paling teruk di dalam sejarah Premier League. Pada ketika ini kelab dari Merseyside itu menduduki kedudukan keenam, tiga mata di belakang West Ham yang berada di kedudukan keempat, dan dua mata di belakang Chelsea di kedudukan kelima.

Di pertandingan Champions League, The Reds dengan mudah disingkirkan oleh Real Madrid di peringkat suku akhir.

Kedudukan sekarang boleh menyebabkan Liverpool tidak beraksi langsung di pertandingan eropah pada musim hadapan, melainkan penambahbaikan dilakukan.

Apa kata Klopp?

Satu perkara yang pasti nada Klopp tidak serupa seperti di awal musim apabila sebelum ini dengan yakinnya mahu mempertahankan kejuaraan dimenangi pada musim lalu.

“Saya tidak pasti bagaimana pihak luar melihat perkara ini, [tetapi] pada saya kami masih mampu menjadikan musim ini satu kejayaan dengan layak ke pertandingan Champions League,” kata Klopp.

“Disebabkan kami telah menjuarai liga pada musim lalu, tidak bermakna satu-satunya perkara yang menjadi kayu pengukur kejayaan untuk kami ialah untuk memenanginya semula – itu pasti gila.

“Itulah masalahnya kenapa banyak pasukan kemudiannya menghadapi masalah selepas bergelar juara. Kami tidak berada di dalam mood berbuat demikian. Kami tidak boleh mengejar bayang-bayang sendiri atau apa sahaja yang anda mahu katakan, atau mungkin anda mahu berkata.’Oh Tuhanku, bagaimana untuk menjadi sehebat itu lagi?’ Tidaj, Tidak, Tidak. Kami harus sedar perkara terpenting da semua perkara yang perlu dilakukan [hari ini].

“Benar, kami berada di situasi ini, dan pernah begini juga sebelum ini. Dan kami tahu kami perlu berada di dalam mood itu dan mengejar semua orang – pasukan yang akan dihadapi dan mereka yang tiada perlawanan menentang kami, tetapi pada masa yang sama, ia tidak bermakna kami akan terus memberikan tekanan.

“Jika kami bermain, saya berpendapat, ‘OK’ jika kami menang. Jika tidak, ia juga idak begitu penting. Tetapi Oh Tuhanku. Chelsea menang lagi. Selepas itu anda akan pergi ke perlawanan lain dengan mood berbeza – kita semua tahu itu. Kami hanya boleh membuatkan ia sukar untuk pasukan lain dengan menang perlawanan yang kami hadapi sendiri.

Situasi Henderson

Klopp juga sempat berbicara menngenai Jordan Henderson selepas pemain itu terpaksa disisihkan akibat kecederaan pengkal paha pada sebelum ini.

Sehingga kini Henderson telah terlepas sembilan perlawanan selepas menjalani pembedahan dan Klopp berkata beliau tidak pasti bilakah pemain tengah itu akan pulih sepenuhnya.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1383895739634315272

“Saya tidak tahu. Beliau belum menyertai latihan. Semua perkara belum lagi jelas,” tambah Klopp.

“Tiada penjelasan munasabah kerana saya benar-benar tidak tahu. Saya tidak tahu, nampak seperti baik. Itulah berita baiknya, tetapi beliau belum lagi memulakan latihan.”

Penutup

Liverpool boleh menarik nafas lega selepas merekodkan tiga kemenanga berturut-turut di saingan liga selepas sebelum itu tewas enam dari tujuh perlawanan yang menggariskan tempoh terburuk pasukan itu pada musim ini.

Mampukah Liverpool menyelamatkan musim mereka kali ini dengan sekurang-kurangnya layak ke pertandingan Champions League pada musim hadapan?

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

5 Kesilapan Terbesar Liverpool Pernah Lakukan Di Jendela Perpindahan

5 Sebab Liverpool Perlu Sambar Cristiano Ronaldo Jika Juventus Sudah Muak

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN