Mengapa Didier Drogba Kalah Pemilihan Presiden FIF?

Didier Drogba 2020 FIF

Semua pastinya sudah tahu tentang kekalahan mengejutkan lagenda Chelsea, Didier Drogba dalam fasa pertama pemilihan Presiden Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast.

Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) sedang dalam fasa pemilihan Presiden dan terdapat tiga calon iaitu ketua liga, Sory Diabate, Naib Presiden, Idriss Diallo dan calon yang dikatakan kegemaran ramai dan memiliki harapan besar, Didier Drogba.

Selain tidak mendapat sebarang undi, lebih mengejutkan Didier Drogba sebenarnya tewas di tangan bekas-bekas rakannya seperti Didier Zakora dan Abdoulaye Traore dalam fasa pertama ini. Mengapa rakan-rakannya itu tidak memilihnya?

Harapannya untuk menjadi Presiden FIF nampaknya menerima tamparan hebat apabila daripada 14 bekas pemain yang mengundi, 11 telah memihak kepada lawannya, Sory Diabate, sementara baki tiga lagi memilih untuk tidak mengundi.

Idriss Diallo yang merupakan Naib Presiden FIF juga nampaknya gagal mendapat sebarang undian sebagaimana bekas pemain berusia 42 tahun itu. Pemilihan dan undian tersebut dilakukan secara atas talian menerusi sesi persidangan video.

Namun, masih terdapat beberapa lagi fasa pemilihan iaitu melibatkan undian daripada Persatuan Bola Sepak yang aktif, jurulatih, para pengadil dan fisioterapi. Begitupun, jika rakan sepasukan sendiri menolaknya, adakah yang lain bakal memilihnya?

Sebuah laman sesawang, Ghana Web baru sahaja mendedahkan mengapa bekas rakan-rakan sepasukan Didier Drogba ‘terpaksa’ untuk menolaknya, walaupun mereka pernah bermain sekali ketika bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

“Pada awalnya ramai yang menyangkakan bekas-bekas pemain akan memihak kepada rakan mereka yang sangat terkenal itu, namun sebaliknya berlaku apabila mereka telah memilih untuk mengundi seorang pentadbir bola sepak yang berpengalaman.

“Ia bukanlah disebabkan hasad dengki. Bekas-bekas pemain tidak membenci lagenda Chelsea itu. Apa yang terjadi itu adalah benda biasa dan turut dibantu oleh fikiran yang betul. Anda akan lakukan perkara yang sama jika berada pada situasi itu,” menurut kenyataan daripada artikel yang dikeluarkan di laman sesawang tersebut.

Mereka telah memberikan satu contoh iaitu Didier Zakora. Pada September 2019, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal FIF oleh Sory Diabate dan begitu jugalah perjalanan karier bekas-bekas pemain Ivory Coast yang lain.

Mereka telah diberikan pekerjaan di dalam FIF atas sebab mereka adalah bekas pemain skuad kebangsaan dan disebabkan mereka telah menerima gaji sebagai staf FIF, mereka diharapkan tidak lagi akan ‘mengemis’ bantuan daripada pihak lain.

Selain itu, menurut sebuah lagi laporan, Sory Diabate jugak telah membantu lebih 10 orang bekas pemain untuk mendapatkan sijil kejurulatihan – secara percuma! Mereka semua tidak perlu membayar apa-apa setelah mendapat sijil tersebut.

Undian bekas-bekas pemain itu adalah wajar disebabkan sumbangan besar ketua liga tersebut dalam membantu mereka sejak bertahun lamanya. Bukanlah mereka tidak suka akan Didier Drogba, cuma Sory Diabate lebih awal memenangi hati mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: ADOM ONLINE

Baca lagi artikel lain mengenai Didier Drogba:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN