Mengapa Bruno Fernandes Jalani Latihan Pra Musim Sendirian Di Boavista?

Manchester United sudah pun memulakan persiapan untuk saingan musim hadapan sejak minggu lalu. Malah skuad The Red Devils kini sibuk dengan rangka perlawanan persahabata yang telah diatur untuk memantapkan skuad mereka menuju musim baharu.

Tetapi mengapakan Bruno Fernandes tidak menyertai latihan pra musim United, sebaliknya pemain itu kini bersama kelab lamanya Boavista di Portugal?

Malah Fernandes turut didapati menjalani latihan pra musim secara bersendirian di kelab tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu sebenarnya masih diberikan cuti oleh pengurusan Manchester United kerana pembabitannya bersama Portugal di kejohanan Euro 2020 yang lalu.

Skuad kendalian Fernando Santo disingkirkan oleh Belgium di pusingan 16 pasukan terbaik di kejohanan tersebut. Turut mendapat perhatian adalah Fernandes yang dikecam kerana menampilkan prestasi kurang baik sepanjang kejohanan.

Enggan merungut dan sedar apa yang perlu dilakukan terutamanya menjelang musim baharu, Fernandes sebenarnya sedang menggunakan cuti musim panas yang diberikan untuk menjalani lathan bersama Boavista.

Boavista ialah kelab di mana karier Fernandes bermula pada usia remaja sebelum beliau berhijrah ke Novara di Itali pada 2012.

Kelab yang berpengkalan di Porto itu sempat berkongsi video kegigihan Fernandes menjalani latihan melalui akaun Twitter rasmi, dan berjanji akan kembali ke Manchester pada tahap terbaiknya.

“Man Utd usah risau, dia [Bruno Fernandes] akan kembali lebih mantap!” ujar kapsyen bersama muat naik video tersebut.

Fernandes turut dilihat menyampaikan mesej kepada penyokong Boavista dan berkata Estadio Do Bessa seperti rumahnya juga, sebelum menyampaikan ucapan selamat maju jaya untuk musim akan datang.

Bruno Fernandes merupakan pemain penting dan adalah inspirasi kepada Manchester United sejak tiba dari Sporting Lisbon pada jendela perpindahan Januari 2020.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Bruno Fernandes:

Penjaga Gol Kongsi Tips Selamatkan Sepakan Penalti ‘Terhencot-Hencot’ Bruno Fernandes

5 Pemain Manchester United Yang Balik Lewat Untuk Latihan Tambahan Sepakan Percuma

Statistik Di Sebalik Keyakinan Bruno Fernandes Manchester United Mampu Jadi Juara EPL Musim Ini

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply