Mengaku Bersalah, Ronaldinho Kini Bebas Untuk Kembali Ke Brazil

Kerjasama Semuanya BOLA

Ronaldinho Brazil

Legenda bola sepak, Ronaldinho yang sebelum ini menggemparkan dunia selepas dijatuhkan hukuman penjara pada Mac lalu susulan kesalahan pemalsuan dokumen untuk memasuki Paraguay, kini telah dibenarkan pulang ke negara asalnya, Brazil.

Berikutan kesalahan yang dilakukannya, Ronaldinho bersama abangnya, Roberto Assis telah dipenjara selama 32 hari dan pada 7 April lalu, tetapi peguam mereka telah membayar wang ikat jamin bernilai RM6.94 juta untuk membolehkan dua beradik itu keluar daripada penjara.

Sementara menunggu keputusan pengadilan, Ronaldinho dan Roberto telah menjalani tahanan rumah bertempat di sebuah hotel di ibu negeri Paraguay, Asuncion yang mana mereka tiada masalah untuk keluar rumah, tetapi perlu mematuhi dua peraturan yang ditetapkan.

Menurut sumber Goal, kedua-dua mereka kemudiannya mengaku bersalah kerana menggunakan dokumen palsu dan sebagai hukuman, Ronaldinho perlu membayar denda sebanyak $90,000 manakala berbeza buat abangnya yang dikenakan hukuman denda sebanyak $110,000.

Nasib mereka berdua juga berbeza walaupun kedua-duanya dibenarkan kembali ke Brazil apabila Roberto Assis kini disahkan memiliki rekod jenayah di Paraguay manakala tidak buat Ronaldinho.

Ini bermakna Roberto Assis tidak dibenarkan meninggalkan Brazil dalam tempoh dua tahun ini dan beliau perlu untuk melapor diri secara berkala kepada pihak berkuasa Rio de Janeiro sepanjang 24 bulan tersebut.

Difahamkan, kehadiran Ronaldinho dan abangnya di Paraguay adalah atas jemputan oleh seorang pemilik kasino tempatan untuk tujuan amal. Mereka telah ditahan di Resort Yacht and Golf Club Paraguay.

Selama 32 hari di penjara, Ronaldinho telah dilayan dengan cukup baik dan sempat juga membantu pasukan banduan di sana menewaskan pasukan pengawal penjara dengan keputusan 11-2.

Kredit featured image: Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai kisah tahanan Ronaldinho:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram