Menangi PS5 & FIFA 22 Ultimate Edition Di Majlis Pelancaran FIFA 22 Esok!

FIFA 22

Seperti tahun-tahun sebelumnya, akhir bulan September akan menyaksikan waktu dimana EA Sports akan melancarkan siri permainan FIFA mereka.

Tiada yang berbeza tahun ini, EA Sports akan melancarkan siri FIFA 22 dengan acara istimewa akan diadakan untuk meraikan permainan video bola sepak baharu itu.

Thiago Silva pun ada!

Apa yang menariknya, majlis pelancaran FIFA 22 yang diadakan secara dalam talian akan disertai oleh bintang Chelsea iaitu Thiago Silva.

Beliau juga turut akan disertai dengan penyanyi rap terkenal dari Indonesia, Rich Brian yang turut diangkat sebagai duta permainan video itu.

Dalam majlis tersebut, Rich akan mendendangkan lagu-lagu hit beliau seperti Drive Safe dan Don’t Care serta lagu terbaharunya iaitu Sydney.

Silva dan Rich kemudiannya akan bertarung dalam FIFA 22 untuk melihat siapakah yang lebih handal dalam permainan video tersebut.

Boleh menang PS5 tau!

Selain itu, penonton yang menyaksikan majlis pelancaran tersebut akan berpeluang untuk memenangi satu daripada empat konsol PlayStation 5 yang ditawarkan.

Lebih menarik, anda juga berpeluang memenangi jersi rasmi Chelsea yang ditandatangani khas oleh pemain kelab tersebut.

Ada lagi pula tu, anda juga boleh memenangi FIFA 22 Ultimate Edition ketika majlis diadakan!

Caranya bagaimana? Anda hanya perlu menyertai pertandingan yang diadakan semasa majlis pelancaran diadakan.

Majlis pelancaran akan diadakan pada 30 September 2021 (Khamis) pada jam 7 hingga 8.30 malam.

Anda boleh tahu dengan lebih lanjut mengenai acara tersebut dengan ke Facebook FIFA 22 Online Launch Party.

Hypermotion jadi taruhan

Untuk FIFA 22, EA Sports mempertaruh teknologi Hypermotion di dalam permainan video mereka.

Teknologi ini membolehkan integrasi pertama kali tangkapan pergerakan bagi 22 pemain di atas padang dilakukan.

EA Sports juga turut menggabungkan teknologi ini dengan ciri Advanced 11v11 Match Capture untuk memberikan pengalaman paling realisitik, lancar dan penuh respon dalam permainan video bola sepak.

Samada rembatan, hantaran atau lambungan, HyperMotion menjadikan setiap aksi di atas padang lebih baik dengan mengubah pergerakan pemain apabila mempunyai atau tidak memegang bola.

Dengan lebih 8.7 juta tangkapan pergerakan permainan yang dilakukan oleh 22 pemain profesional, ianya semestinya akan membantu EA Sports menghasilkan edisi FIFA yang terbaik pernah dikeluarkan.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply