Memphis Depay Akui Kini Lebih Matang, Yakin Bandar Manchester Masih Warna Merah

Memphis Depay yakin penyokong Manchester United masih belum menyaksikan potensi sebenar yang dimilikinya sepanjang tempoh 19 bulan beliau bersama mereka sebelum ini.

Penyerang antarabangsa Belanda berusia 24 tahun itu menjaringkan tujuh gol dari 53 penampilan untuk United selepas menyertai kelab Manchester itu dari PSV Eindhoven dengan nilai £31 juta pada Jun 2015.

Pada Januari 2017 Depay dilepaskan untuk menyertai Lyon, lawan yang akan berhadapan Manchester City di pertandingan UEFA Champions League pada awal pagi nanti.

“Semua orang tahu kisah saya dan Manchester United yang tidak menjadi,” ujar Depay.

“Selepas semusim saya masih sukar menempatkan diri di dalam kesebelasan utama. Saya masih mudah ketika itu, dan tidak mendapat peluang sewajarnya.

“Tetapi saya harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menampilkan kualiti sepatutnya pada musim pertama.

Sejak berpindah ke Perancis, Memphis Depay telah menjaringkan 28 gol dari 74 penampilan untuk Lyon. Ia termasuk 19 gol dari 36 penampilan Ligue 1 pada musim lalu, yang membantu kelab Perancis tersebut menamatkan musim di kedudukan ketiga, sekaligus melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League (UCL).

(Photo credit should read ROMAIN LAFABREGUE/AFP/Getty Images)

Baru-baru ini bekas rakan sepasukan Depay di United, Wayne Rooney mendedahkan bagaimana pemain itu ingkar akan nasihat beliau untuk melakukan perubahan di kelab tersebut.

“Memphis Depay dimasukkan sebagai pemain gantian menentang Stoke dan melakukan kesilapan yang memberikan lawan gol. Louis Van Gaal (pengurus) kemudiannya menghantar Depay untuk menyertai pasukan B-23.

“Saya menasihati beliau: ‘Sekarang ia mungkin keadaan yang sukar untuk anda. Jangan hadir ke perlawanan tersebut dengan gaya yang menunjuk-nunjuk.’

“Dan selepas itu, Depay hadir ke perlawanan tersebut dengan memandu Rolls-Royce, dan memakai jaket kulit dan topi koboi. Saya berfikir, ‘apa tujuan semua itu?’

(Photo credit should read SCOTT HEPPELL/AFP/Getty Images)

“Tetapi Memphis [Depay] ialah seorang pemain muda yang baik. Saya gembira apa yang beliau capai di Lyon sekarang,” ujar Rooney yang kini beraksi di MLS bersama DC United.

Ketika ditanya mengenai komen Rooney, Depay hanya mampu tertawa sambil berkata:

“Mungkin ada orang tidak boleh menerima lawak jenaka. Wayne ialah seorang sahabat yang baik. Saya faham maksub beliau, tetapi ia sudah pun berlaku.

“Saya adalah seorang pemuda yang sentias bersemangat dan gemar bergaya. Tetapi tindakan tersebut tidak bermaksud” saya bijak. Kini saya menjadi lebih matang,” ujar Depay.

“Sebagai pemain anda akan melalui pengalaman dlam kehidupan, dan juga ketika di atas padang. Hari ini saya kembali ke Manchester. Dan saya datang sebagai individu yang berbeza.

“Saya gembira dengan apa yang telah saya capai setakat ini. Saya menjadi pemain yang lebih baik. Saya dapat melihat perbezaan tersebut melalui prestasi di atas padang, dan yakin semua orang mempunyai penilaian yang sama.

. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Sudah pasti bandar Manchester ini masih berwarna merah. Lyon akan hadir untuk mendapatkan keputusan yang positif dari Manchester yang berwarna biru.

Memphis Depay juga mengakui beliau tidak pernah berbincang tentang apa yang telah berlaku di Old Trafford dengan bekas pengendali, Van Gaal.

“Saya ada bertemu dengan Van Gaal dalam perlawanan testimoni Dirk Kuyt. Kami tidak berbicara mengenai apa yang telah berlaku.

“Ada perkara yang saya tidak boleh dedahkan kepada umum. Saya tidak fikir ia penting sekarang. Mungkin jika saya menulis sebuah buku satu hari nanti, anda boleh membacanya dari situ,” ujar Depay menutup bicara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN