Memahami Peranan No.6 & Statistik Luar Biasa Jorginho Lawan Belgium

Jorginho menghasilkan aksi luar biasa di bahagian tengah untuk membantu Itali menewaskan Belgium 2-1 di perlawanan peringkat suku akhir Euro 2020 pada awal pagi tadi.

Nico Barella dan Lorenzo Insigne menjaringkan gol pada babak pertama perlawanan untuk Itali, sebelum Romelu Lukaku mengurangkan defisit untuk Belgium melalui sepakan penalti di Allianz Arena.

Banyak kualiti dipamerkan oleh Itali dalam perlawanan ini, termasuk kekentalan bahagian pertahanan yang ditujangi gandingan Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

Aksi cemerlang Jorginho

Namun tiada siapa dapat menafikan sumbangan besar Jorginho dan peranan pemain itu merencanakan kemenangan untuk skuad kendalian Roberto Mancini.

Pemain tengah Chelsea ini kerap dikritik sejak beberapa musim lalu, namun Jorginho berjaya mempamerkan kualiti dirinya terutama dalam perlawanan malam tadi di Munich.

Sepanjang 90 minit perlawanan, pemain berusia 29 tahun itu gagal melengkapkan hantaran hanya sekali sahaja. Statistik perlawanan menunjukkan Jorginho melakukan 71 hantaran sepanjang perlawanan, dan melengkapkan 70 daripadanya untuk menghasilkan nilai purata 99% ketepatan hantaran – menentang pasukan yang berada di ranking No.1 dunia.

Jorginho berjaya melengkapkan semua 31 hantaran yang dilakukannya pada babak pertama perlawanan. Satu-satunya hantaran yang tidak sampai kepada rakan sepasukan berlaku pada separuh masa kedua perlawanan.

Tidak hanya itu, Jorginho yang bergandingan dengan Marco Verratti turut berjaya memenangi kembali penguasaan bola sebanyak sembilan kali untuk Itali dari bahagian tengah.

Lebih dari seorang DM

Jorginho bukan seorang pemain tengah bertahan yang tipikal seperti biasa kita lihat. Ini kerana saiz badannya yang kecil berbanding DM lain seperti kebiasaan.

Kualiti utama Jorginho ialah untuk melakukan pintasan ketika lawan berada di fasa seranga awal. Pemain seperti Jorginho mempunyai kebolehan membaca perlawanan lawan untuk membenarkan beliau membaca arah gerakan bola.

Berbeza dengan pemain seperti N’Golo Kante, beliau merupakan tipikal regista di dalam padang. Sebagai perbandingan, Kante lebih mirip kepada Makalele role. Tugas utama beliau ialah untuk emenangi bola dan melakukan hantaran ringkas kepada kawan.

Sumber: Squawka

Jorginho pula mempunyai nilai tambah yang jarang ada kepada pemain di posisi No.6 pada hari ini. Pemain ini mampu bertindak sebagai seorang deep lying playmaker. Beliau mampu untuk melakukan hantaran jauh secara diagonal ataupun vertikal yabg mampu mencetuskan ancaman secara langsung – sekaligus memulakan gerakan serangan pasukan dari bawah.

Hantaran yang dimaksudkan bukanlah seperti melakukan clearance untuk mengeluarkan bola dari zon bahaya semata-mata. Tetapi hantaran daripada pemain seperti Jorginho mampu mencetuskan ancaman terus kepada lawan.

Statistik penuh Jorginho vs Belgium.

Pemain seperti ini bijak memanfaatkan ruang yang ditinggalkan oleh lawan ketika sibuk menyerang.

Disebabkan sifat pemain ini yang betubuh kecil, maka pemain seperti Jorginho tidak menggemari duel secara terus dengan pemain lain baik di udara, atau secara fizikal dalam situasi satu lawan satu.

Rumusan

Pemain seperti Jorginho sering kali tidak mendapat kredit yang sepatutnya. Munkin ada kalanya permainan mereka di dalam padang yang kelihatan membosankan dengan hantaran neutral. Itu sebahagian perkara yang mereka perlu lakukan dalam permainan.

Andrea Pirlo dan Xabi Alonso adalah contoh terdekat dengan pemain seperti Jorginho. Mereka hanya mulai dihargai apabila tidak lagi berada di dalam pasukan. Kualiti mereka menyerlah saat berhadapan perlawanan sukar.

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Euro 2020: 4 Sebab England Akan Kecewa & “Footballs’s Coming Home” Hanya Sekadar Retorik

3 Punca Jerman Pulang Awal Dari Euro 2020

Leave a Reply