Meluat Dengan David Luiz, Penyokong Arsenal Mahu Thiago Silva

Arsenal Thiago Silva David Luiz

Arsenal dan masalah pertahanannya berpisah tiada. Sebut sahaja nama beberapa pemain pertahanan tengahnya, pasti ia membangkitkan rasa geram dan meluat dalam kalangan penyokong mereka sendiri.

Manakala bagi penyokong pasukan lain pula, nama-nama seperti Shkodran Mustafi dan David Luiz hanya menjadi bahan ketawa kerana sering membuat kesilapan-kesilapan bodoh di atas padang.

Terbaharu, kesilapan David Luiz telah menyumbang kepada kekalahan memalukan Arsenal ketika menentang pasukan Liga Kejuaraan, Brentford dalam satu perlawanan persahabatan pada Rabu.

Berdasarkan nilai £24 juta untuk pemain berusia 33 tahun dengan kontrak hanya setahun, jelas ianya satu pembelian yang ‘mengarut’. Penyokong The Gunners percaya lebih banyak pemain pertahanan lain yang jauh lebih baik boleh dibeli dengan nilai setinggi itu.

Untuk musim depan, mereka sudah pun berjaya mendapatkan William Saliba yang dibeli pada awal musim ini sebelum dipinjamkan semula kepada kelab asalnya, Saint-Etienne.

Bagaimanapun Arsenal tetap memerlukan seorang pemain pertahanan tengah berpengalaman untuk membentuk gandingan yang ampuh bagi menghadapi lawan mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kejohanan Eropah.

Calon utama bagi ‘kekosongan’ itu kini adalah kapten Paris Saint-Germain, Thiaga Silva yang sudah sah akan meninggalkan juara Perancis itu pada musim panas ini sejurus berakhir kontraknya di kelab tersebut.

Ini bermakna, tanpa perlu berbelanja besar, kelab London tersebut boleh mendapatkan pemain pertahanan Brazil itu secara percuma.

Namun mereka perlu bersaing dengan pasukan-pasukan lain di mana terdapat empat pasukan EPL lain yang berminat untuk mendapatkan Silva. Antaranya adalah Everton, Newcastle United United, West Ham United dan Wolverhampton.

Seandainya gandingan Saliba dan Silva dapat direalisasikan, tentu ianya memberi kelegaan buat peminat setia Arsenal. Untuk posisi pertahanan kiri dan kanan, Kieran Tierney dan Hector Bellerin dijangka akan terus menjadi pilihan.

Apabila perlawanan EPL bersambung bermula minggu depan, Arsenal telah dijadualkan berdepan Manchester City dan tentunya ia tugasan berat buat Mikel Arteta untuk memastikan pasukannya mampu merebut slot ke kejohanan Eropah musim depan.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai David Luiz dan Arsenal:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply