Melaka United Sedia Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain Hingga November

Kerjasama Semuanya BOLA

Timbalan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi memberi jaminan pihaknya akan segera menyelesaikan isu tunggakan gaji pemainnya selama tiga bulan sebelum ini.

Beliau berkata kepada Berita Harian menegaskan, beberapa langkah penyelesaian berkaitan tajaan kini peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Lee Chang Hoon

Malah, beliau turut menjelaskan MUSA bukan sahaja akan menyelesaikan tunggakan gaji 3 bulan sebelum ini tetapi turut akan menyelesaikan baki gaji untuk 2 bulan seterusnya selepas skuad Hang Tuan itu tidak lagi terbabit dalam saingan Piala Malaysia. Hal ini kerana pemain masih mempunyai kontrak hingga November.

“Bukan setakat tiga bulan, malah MUSA juga berusaha untuk memastikan gaji pemain sehingga November dibereskan dengan isu berkenaan tidak akan berlarutan.

“Usaha presiden amat dihargai dan kami yakin semuanya akan selesai. Kita memahami penyertaan MU di Liga Malaysia akan terjejas jika isu itu berlarutan ke musim depan,” katanya.

Isu tunggakan gaji tersebut timbul selepas berlakunya perubahan dalam kepemimpinan baharu kerajaan negeri. Presiden MUSA, Adly Zahari berkata, beliau memberi jaminan penyelesaian isu itu dan sedang mencari mekanisme terbaik berhubung penggajian pasukan tersebut

Barisan kesebelasan utama pasukan Melaka United ketika menentang Southern FC. FOTO: MUSA

“Hari ini (semalam) kita adakan satu mesyuarat khas bersama peringkat tertinggi Musa. Pengurusan Musa juga akan cuba mencari penyelesaian berhubung isu ini.

“Saya juga mengarahkan Musa melakukan audit keseluruhan dan kita akan lihat kelemahan kita kerana jika tiada penyelesaian jangka masa panjang isu ini akan berulang lagi,” katanya.

Sekumpulan penyokong setia Melaka United sempat meluahkan kebimbangan mereka kepada pegawai pasukan selepas tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply