Melaka United Sedia Runding Dengan 14 Bekas Pemain Isu Tunggakan Gaji

Pihak pengurusan Melaka United di bawah pimpinan Damian Yeo sedia melakukan rundingan dengan 14 bekas pemain pada musim lalu yang berhadapan masalah tunggakan gaji dengan persatian tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus pasukan, Syahrul Nizam Shamsuddin kepada Arena Metro semalam.

Menurut Syahrul, langkah itu diambil bagi mengelakkan salah faham di kalangan pemain yang terlibat mengenai usaha persatuan itu melangsaikan baki tunggakan yang ada.

Janganlah diabaikan kebajikan pemain-pemain yang telah digugurkan – Shukor Adan.

Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, December 24, 2019

Bekas pemain dan kapten pasukan, Shukor Adan adalah antara yang lantang mengkritik pengurusan pasukan tersebut berhubung tunggakan gaji sebelum ini.

Ini berikutan tindakan bekas pemain yang dilihat agresif membidas persatuan itu sehingga mengundang tanggapan negatif kepada pihak luar.

“Justeru kami sedia bertemu 14 pemain yang masih memiliki dua bulan tunggakan gaji untuk jalan penyelesaian,” ujar Syahrul kepada wartawan Arena Metro.

“Sementara yang lain membabitkan 10 pemain disenaraikan semula musim 2020. Namun mereka hanya memiliki satu bulan tunggakan gaji, malah mereka tidak menghadapi tanggapan berbeza berikutan mendapati penjelasan sebenar,’ katanya.

Sekitar sesi latihan pasukan Melaka United pagi tadi (Sabtu, 4 Januari 2020) di Pantai Puteri bagi persiapan menjelang…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Friday, January 3, 2020

Demi memastikan kebajikan bekas pemain terjamin, Syahrul berkata antara langkah yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) ialah dengan melakukan bayaran secara ansuran.

Namun langkah tersebut harus terlebih dahulu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Malah Presiden MUSA, Damian Yeo turut dikatakan mengamal sikap terbuka dalam mencari penyelesaian, dan sanggup bersemuka dengan bekas pemain bagi membincangkan langkah penyelesaian yang dianggap sesuai.

Damian sendiri sebelum ini menekankan akan melangsaikan setiap hutang, dan tidak akan lari dari tanggungjawab tersebut.

Dalam perkembangan lain, Melaka United kini sedang giat menjalani latihan menjelang sepak mula musim baharu.

UiTM FC bakal menjadi pasukan pertama menentang Melaka United dalam perlawanan Liga Super 2020 di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu, 29 Februari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram