Melaka United Sasar Layak Ke Final Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2018

Melaka United

Juara Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, Melaka United MBMB memasang impian menggunung dalam saingan Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2018 yang akan bermula esok hingga 21 Julai.

Kembali diperkuatkan dengan kehadiran bintang futsal negara yang berkelana di Indonesia tempoh hari, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Melaka United meletakkan sasaran layak ke perlawanan akhir pada aksi yang diadakan di Jogjakarta, Indonesia.

Khairul Effendy (Ayon) kembali memperkuatkan skuad Melaka United – MBMB

Cabaran sukar bagaimanapun bakal dihadapi apabila Melaka United diletakkan satu kumpulan bersama tiga wakil dari negara kuasa besar futsal di Asia Tenggara.

Wakil Malaysia itu telah diundi bersama-sama Bangkok BTS FC (Thailand), Sanatech Khanh Hoa (Vietnam) dan SKN FC Kebumen (Indonesia).

Namun, keyakinan yang dilaungkan Melaka United MBMB bukanlah hanya sekadar cakap-cakap kosong apabila pasukan yang kini sedang mendahului carta LFK 2018 dengan 10 kemenangan itu dibarisi para pemain yang berkualiti.

Kelibat sebahagian besar pemain skuad kebangsaan dalam pasukan mampu untuk memberikan kekuatan yang diharapkan dalam usaha Melaka United merealisasikan impian tersebut.

Ketika dihubungi wakil SemuanyaBOLA, ketua jurulatih Melaka United, Isa Rahim jelas optimis dengan sasaran yang ditetapkan, tambahan pula dengan kehadiran beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan skuadnya.

Ketua jurulatih Melaka United – MBMB, Isa Rahim

”Sasaran kami ialah untuk mara ke perlawanan akhir kerana skuad kali ini lebih bersedia setelah ketiadaan beberapa tonggak utama pada edisi lalu (2017).”

”Kehadiran Ayon (nama panggilan Khairul Effendy) akan menambahkan lagi sengat di bahagian serangan pasukan sekaligus meningkatkan semangat dan keyakinan pasukan secara keseluruhannya.”

Pada edisi 2017, Melaka United MBMB menduduki tempat ketiga selepas tumpas di tangan kelab Thailand, Thai Port dalam aksi separuh akhir.

Kemudiannya, mereka berjaya menundukkan wakil Indonesia, Permata Indah Futsal pada penentuan tempat ke-3/4.

Berikut adalah jadual peringkat kumpulan melibatkan Melaka United MBMB:

15 Julai 2018 (Ahad) – 2.00 Petang

Melaka United lawan SKN Kebumen FC

16 Julai 2018 (Isnin) – 6.00 Petang

Melaka United lawan Sanatech Khanh Hoa FC

17 Julai 2018 (Selasa) – 6.00 Petang

Melaka United lawan Bangkok BTS FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN