Melaka United Sarung Jersi Warrix Musim Depan

Pasukan dari selatan, Melaka United akan menggunakan jersi daripada jenama Warrix bagi menghadapi saingan Liga Super tahun depan.

Hal ini diumumkan melalui laman facebook rasmi mereka yang mengesahkan pihak Melaka United telah menandatangani kontrak dengan wakil jenama dari Thailand itu.

Sesi menandatangani kontrak berlangsung selepas selesai kongres tahunan Persatuan Bolasepak Melaka.

Menurut laman facebook rasmi pasukan itu, perjanjian kontrak tersebut dilaksanakan diantara Pengarah Eksekutif Warrix Malaysia, George Vui dan Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Gambar : FB Melaka United

Encik George turut menghadiahkan Presiden MUSA, YAB Datuk Seri Utama Hj Idris Hj Haron sehelai jersi sebagai cenderahati Warrix kepada beliau selepas majlis tandatangani kontrak.

Jenama Warrix akan menjadi jenama rasmi untuk pasukan Liga Super, Piala Presiden dan Futsal Melaka United pada tahun 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN