Melaka United Mahu Sekat Impian Pahang Kutip 3 Mata Penuh

Pengendali Melaka United (MU), E Elavarasan mahu anak buahnya fokus mengutip mata maksimum dalam tiga pertemuan terakhir skuad itu, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas Liga Super musim ini.

Skuad Hang Tuah yang kini menghuni tangga ketujuh selepas mengharungi 19 perlawanan dengan mengumpul 24 mata dijadualkan berdepan juara Piala FA musim ini iaitu Pahang di Stadium Hang Jebat malam ini.

Bercakap kepada Berita Harian, Elavarasan sedar tugas berat menanti anak buahnya kerana Pahang bukan calang-calang pasukan kerana dibarisi pemain yang berkualiti.

“Bagaimanapun, fokus pertama adalah menghadapi Pahang Rabu ini. Sudah pasti lawan mahu menewaskan kami dalam misi mereka memperbaiki kedudukan di tangga ketiga liga ketika ini.

“Misi kami juga untuk menang kerana peluang MU untuk berada kedudukan lima teratas atau lebih baik masih terbuka dengan syarat memenangi semua baki perlawanan,” katanya.

Ifedayo menjadi sandaran Melaka United untuk mengegarkan gawang Pahang. Gambar: MFL

Melaka United menewaskan Kedah 4-1 di Stadium Hang Jebat dan rentak mereka sedikit terganggu berikutan terikat 1-1 berdepan Kelantan Sabtu lalu di Kota Bharu.

“Saya yakin pemain akan memberi tumpuan yang positif berdepan Pahang kerana tiga mata memberi suntikan motivasi menjelang saingan bertemu Selangor dan Negeri Sembilan kelak,” katanya.

Sementara itu, masalah kecederaan menghantui Pahang apabila gagal menurunkan Muslim Ahmad dan Patrick Cruz dalam kesebelasan utama. Malah mereka kehilangan Mohamadou Sumareh kerana digantung perlawanan.

Dollah Salleh kini hanya mengharapkan bisa Amutu dan Issey serta Norshahrul Idlan Talha yang dilihat mendapat kembali mendapat prestasinya ketika untuk meruntuhkan kubu Melaka United yang kini dikawal oleh penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi.

Selain itu, rekod baik Pahang sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan menjadi sandaran dan beraksi di Stadium Hang Jebat bukan suatu masalah kepada Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN