Melaka United Jalin Kerjasama Dengan Klinik Sukan

Hari yang indah untuk pasukan Melaka United, apabila pasukan tersebut berjaya memeterai perjanjian dengan Klinik Stellar.

Difahamkan Klinik Stellar turut menawarkan rawatan sukan yang sesuai untuk pasukan Melaka United.

Melaka United mengumumkan tajaan rasmi daripada Klinik Stellar dalam satu kenyataan media rasmi mereka.

Melaka United dalam kenyataannya berkata: “Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pusat rawatan pakar, Klinik Stellar yang bakal bersama MUSA sebagai salah satu rakan penaja pasukan Melaka United musim depan.”

Pihak Melaka United menyatakan mereka sangat berbesar hati dengan tajaan tersebut. Ini kerana mereka boleh mendapatkan rawatan sebaiknya untuk para pemain mereka yang cedera.

Selain itu, klinik tersebut pastinya menawarkan konsultansi kepada para pemain dan pegawai pasukan.

“Kami di pihak MUSA sangat berbesar hati untuk menerima penajaan daripada Klinik Stellar dalam menawarkan rawatan sukan bagi memastikan para pemain Melaka United kekal cergas untuk beraksi sepanjang saingan Liga Malaysia 2020.”

“Terima kasih Klinik Stellar,” jelas MUSA lagi.

Sains sukan merupakan aspek yang sangat penting. Ia merangkumi bidang perubatan dalam sukan. Semakin hari semakin banyak kesedaran oleh pasukan-pasukan di Malaysia untuk mendapatkan rakan kongsi yang pakar dalam bidang ini.

Syabas kepada Melaka United di atas tajaan dan kerjasama yang berjaya dimeterai.

Melaka United sedang giat dalam persiapan bagi musim baharu.

Melaka United masih meletakkan kepercayaan kepada Zainal Abidin Hassan untuk mengemudi kapal mereka pada musim hadapan.

Beberapa pemain sudah diumumkan menyertai mereka bagi memperkuatkan lagi pasukan untuk menghadapi musim akan datang.

Leave a Reply