Melaka United Dihukum Potongan 3 Mata Liga Super

Melaka United Pic

Melaka United menjadi pasukan Liga Super pertama pada musim ini yang menerima hukuman pemotongan mata disebabkan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Badan bebas, First Instance Body (FIB) yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengumumkan Melaka United dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta-merta bagi saingan liga.

Keputusan tersebut dimaklumkan dalam mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL secara persidangan video bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah tiga kes tunggakan gaji membabitkan pasukan Melaka United, Sarawak United dan Kelantan.

Melaka United dilaporkan hanya membuat pembayaran pada tarikh akhir pertama iaitu pada 31 Januari 2021 namun gagal melunaskan pembayaran tarikh akhir kedua.

Maka FIB memutuskan bahawa Melaka United didapati gagal menghormati jadual pembayaran yang telah dipersetujui dan ditetapkan sekali gus dikenakan hukuman pemotongan tiga mata.

FIB berharap bahawa keputusan ini dijadikan teladan untuk memastikan Melaka United mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan pada masa akan datang.

Jika pasukan terbabit mengulangi kesalahan yang sama, perkara itu akan dibawa ke FIB untuk keputusan dan tindakan yang seterusnya.

Sementara itu, FIB mengambil maklum usaha dan komitmen Sarawak United dan Kelantan dalam menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka.

Unit Pelesenan Kelab MFL akan terus memantau dan memastikan kedua-dua pasukan tersebut terus menunjukkan komitmen dalam menangani isu ini sehingga selesainya baki tunggakan berkenaan.

Dengan pemotongan mata tersebut, Melaka United yang sebelum ini mengumpul empat mata selepas seri dalam empat perlawanan Liga Super kini jatuh ke tangga ke-10 dengan hanya satu mata.

Melaka United sebelum ini telah menerima kritikan kerana masih mengambil pemain import bahari dalam keadaan mempunyai isu kewangan terutamanya melibatkan masalah gaji tertunggak sehingga jutaan ringgit.

Kredit Foto: Melaka United

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Melaka United: Contoh Budaya Biar Papa Asal Bergaya Dalam Liga Malaysia

Melaka United: Contoh Budaya Biar Papa Asal Bergaya Dalam Liga Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim Dan Stadium Kuala Lumpur Dipilih Untuk Projek Perintis Kemasukan Penonton

Liga Super 2021: Baddrol Bakhtiar Bangkit Bantu Kedah Tundukkan PJ City

Kepercayaan Dollah Salleh Kunci Kebangkitan Lee Tuck

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply