Melaka Bersedia Nanti Segala Ketetapan Oleh MFL

Melaka

Pasukan Liga Super, Melaka bersedia dengan apa jua ketetapan dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) sama ada bermain lebih awal pada Ogos atau seperti dirancang sebelum ini iaitu pada September.

Ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan, mengakui dengan tempoh kebenaran berlatih yang bermula pada 15 Jun lalu, beliau optimis sempat untuk menyiapkan pemain-pemain cergas 100 peratus jika liga mendapat lampu hijau dimulakan pada Ogos nanti.

Malah, beliau berpandangan situasi itu mungkin membolehkan kelonggaran terhadap jadual Liga Malaysia untuk dihabiskan sehingga bulan November termasuk saingan Piala Malaysia.

“ Semua ini terpulang kepada FAM dan MFL di atas apa jua keputusan yang akan diberitahu kelak cuma bagi saya memandangkan latihan sudah boleh dimulakan, kami ada masa mencukupi untuk siapkan pasukan.

“ Saya menyambut baik apa jua arahan yang akan diberikan cuma saya tidak boleh nafikan jika liga bermula lebih awal (Ogos), ia memberikan sedikit kelegaan kepada pasukan dalam soal jadual perlawanan yang tidak begitu padat.

“ Apa-apapun, pemain kena bersedia dalam apa jua situasi dan sebagai jurulatih, saya melihat apabila liga kembali bersambung, semua pemain kena bersedia kerana mereka lebih berpeluang untuk diturunkan memandangkan banyak perlawanan perlu dihabiskan dalam tempoh masa yang singkat, “
katanya.

Terdapat kemungkinan Liga Malaysia berpotensi dimulakan lebih awal jika melihat trend penurunan kes COVID-19 di seluruh negara serta kelonggaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap beberapa sektor termasuk sukan.

Dalam pada itu, Melaka menjadi pasukan terbaharu memulakan latihan pada hari semalam apabila mengadakan latihan di Stadium Hang Jebat selepas mendapat kelulusan MFL.

Menurut Zainal, beliau mendapat sedikit kesukaran dalam mengendalikan tiga kumpulan berbeza ekoran hanya sepuluh pemain dihadkan dalam sesuatu masa dan berharap semua pasukan dapat jalani latihan secara biasa pada masa akan datang.

“ Cabaran buat saya kali ini ialah dalam memberikan penerangan taktikal kepada pemain kerana dalam tiap sesi, hanya sembilan sahaja saya boleh senaraikan dalam tiga kumpulan berbeza.

“ Jadi, sudah tentu sedikit sukar kerana semua pemain tidak boleh berada dalam satu masa tetapi diharapkan perkara ini tidak akan berlanjutan terlalu lama dengan latihan secara ‘body contact’ boleh dimulakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“ Harapan saya selepas liga bersambung ini, Melaka boleh mendapat sinar baharu untuk bangkit dan pemain kena sedar di mana kedudukan mereka sekarang apabila ditolak tiga mata.

“ Setiap pemain kena ada keazaman untuk perbaiki kedudukan pasukan dan jadikan tempoh masa yang ada ini untuk pastikan mereka benar-benar bersedia beri saingan kepada semua pasukan, “ katanya.

Kredit featured image: Melaka United Soccer Association – MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN