Mehmet Durakovic Kini Selesa Di Perak, Banyak Tempat Menarik Untuk Dilawati

Sejak bertahun lamanya, nama Mehmet Durakovic sering dikaitkan dengan pasukan Selangor.

Beliau yang merupakan pemain Selangor di era 1990-an serta jurulatih Selangor beberapa tahun yang lalu, kini mengubah angin dengan menyertai musuh tradisi Selangor iaitu Perak.

Permulaan kehidupan Durakovic di Perak bersama skuad The Bos Gaurus tidaklah begitu baik apabila prestasi tidak menentu pasukan tersebut masih lagi ada.

Sudah selesa

Namun kini, beliau sudah mula semakin selesa untuk menjalani kehidupan di Perak.

Menurut Arena Harimau Malaysia, jurulatih dari Australia itu berkata yang beliau kini sudah mula selesa dengan suasana kehidupan di Ipoh.

Ketika ditanya mengenai kehidupan beliau di bumi Darul Ridzuan dalam temuramah FourFourTwo, Durakovic mengatakan banyak tempat menarik untuk dilawati di sana.

Ipoh mempunyai beberapa tempat percutian yang menarik dan banyak gua untuk dilawati.”

“Setiap tempat ada sejarah tentangnya, sesuatu yang saya mahu ajar kepada anak saya apabila kami melawat ke tempat-tempat tersebut.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Bagi beliau, Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu banyak lokasi tempat yang boleh dikunjungi.

Walaupun beliau berkata telah banyak tempat di negara ini beliau kunjungi, namun masih banyak lagi lokasi menarik yang beliau belum pergi.

Kami telah berkunjung ke seluruh Malaysia sebelum ini dan masih banyak lagi tempat-tempat untuk dilawati.”

Diharap dengan selesanya Durakovic di Ipoh dapat memberikan lebih semangat untuk beliau membantu pasukan Perak memperoleh kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super.

Perak bakal berhadapan perlawanan sukar menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh esok.

Baca juga: Newcastle United Kembali Ke Premier League Selepas Semusim Di English Championship

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN