Mehmet Durakovic Kembali Menjadi Jurulatih Selangor Musim Depan?

Media tempatan, Utusan Malaysia hari ini melaporkan khabar angin tentang pengendali dari Australia, Mehmet Durakovic kemungkinan bakal kembali menjadi jurulatih pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau yang baru sahaja membantu Perak menamatkan penantian 18 tahun menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC semalam tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin tersebut apabila ditanya oleh wartawan Utusan Malaysia tersebut.

“Sudah pasti saya akan menikmati kemenangan ini (juara Piala Malaysia) bersama keluarga sepanjang minggu ini. Saya perlu pulang ke Melbourne meraikan kejayaan ini dan pujian kepada para pemain kerana telah berusaha keras untuk memenanginya.

“Ini merupakan kejuaraan saya yang kelima dan semua orang tahu Selangor merupakan rumah kedua saya tetapi memenangi Piala Malaysia bersama Perak selepas penantian 18 tahun adalah sesuatu yang istimewa dalam kerjaya jurulatih saya,” katanya kepada sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.

Perak dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2018.

Khabar angin mengenai kedatangan Durakovic ke Selangor itu timbul susulan kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang mengesahkan empat calon jurulatih berada dalam radar persatuan itu termasuk jurulatih asing.

Dalam kenyataan sama, Johan juga tidak menafikan bahawa Durakovic yang pernah membawa Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015, antara seorang daripada empat calon jurulatih tersebut.

Turut menguatkan lagi khabar angin itu ialah kehadiran jurulatih baharu yang bakal menggantikan Mehmet Durakovic sebagai pengendali pasukan Perak musim depan.

Jurulatih ini merupakan anak jati Perak dan mempunyai pengalaman luas serta pernah mengendalikan pasukan kebangsaan. Malah, beliau juga berjaya membantu sebuah pasukan meraih satu piala musim ini.

Perak dijangka akan mewakili negara beraksi dalam saingan kelayakan AFC Champions League musim depan melalui slot naib juara Liga Super 2018. Mereka akan bermula dari pusingan kedua menentang kelab dari Hong Kong, Kitchee FC di Stadium Perak, Ipoh.

Oleh itu, mereka memerlukan jurulatih berpengalaman yang pernah mengendalikan pasukan mengharungi saingan di peringkat Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN