Mehmet Akui Perak Masih Mencari Pengganti Thiago

Mehmet Durakovic

Jendela perpindahan hanya ditutup secara rasmi bulan depan, ketua jurulatih perak, Mehmet Durakovic mengakui sudah mula mengintai beberapa nama pemain import yang berpotensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Thiago Aquino.

Musim ini, skuad The Bos Gaurus kehilangan dua pemain pertahanan tengah utama, Shahrom Kalam yang berhijrah ke Felcra FC serta tonggak import dari Brazil, Thiago Junior Aquino yang berhijrah ke Felda United musim ini.

Bercakap kepada Kosmo, Mehmet mengakui masih lagi mencari tonggak pertahanan tengah yang sesuai serta boleh diharapkan bagi menggalas cabaran pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia

“Saya akui kami kini meneliti beberapa pemain import yang boleh diketengahkan untuk mewakili skuad Perak pada tahun ini. Kami telah melakukan sesi ujian kepada mereka dan hanya menunggu persetujuan pihak pengurusan,” katanya.

Kelmarin, Perak me­­newaskan Felcra 5-1 dalam aksi persahabatan pramusim yang berlangsung di Stadium Arena Universiti Malaya.

Kedua-dua pasukan memberi aksi saingan yang agak menarik dalam perlawanan itu walaupun terdapat beberapa insiden kekerasan berlaku.

Aksi perlawanan persahabatan Perak menentang FELCRA FC kelmarin. FOTO: Perak TBG

Pada aksi tersebut, mereka tidak berdepan masalah membenam skuad The Rivals selepas Mohd. Nizad Ayub dan Ahmad Khairil Anuar masing-masing meledak dua gol, manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh penyerang import, Gilmar Filho.

Selepas perlawanan masa kedua bermula, Mehmed mula membuat beberapa pertukaran pemain dengan menurunkan pemain baru dan lama mengikut posisi yang di atur sendiri dalam mencari rentak keserasian antara pemain.

Mehmet memuji aksi anak buahnya yang mempamerkan permainan yang menyakinkan tetapi beliau menyedari masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum kempen Liga Super bermula secara rasmi 3 Februari depan.

“Secara jujur, ini adalah aksi pramusim yang cukup baik dan saya cukup berpuas hati apabila kami meraih kemenangan de­ngan jumlah jaringan besar. Selain itu, beberapa pemain muda juga telah menunjukkan aksi yang meyakinkan.

“Cuma, saya tidak mahu terlalu gembira kerana ini adalah perlawanan pertama sejak kami berkumpul bulan lalu.

“Pemain diingatkan supaya bekerja lebih keras kerana saingan liga akan bermula tidak lama lagi,” katanya kepada Kosmo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN