Mehmed Durakovic: Leandro Hatrik, Tentu Saya Gembira Untuknya

Leandro Hatrik Perak Kelantan United Piala Malaysia 2020

Siapa sangka, pemain yang terkenal dengan watak ‘budak nakal’ Perak, Leandro dos Santos akan meledak hatrik dan membawa pasukannya mara ke suku akhir.

Perak melangkah gah ke suku akhir TM Piala Malaysia 2020 selepas menundukkan Kelantan United dengan keputusan 4-0 di Stadium Perak. Menanti Perak di suku akhir adalah Terengganu FC yang mana merupakan lawan mereka di pentas final Piala Malaysia, dua tahun lalu yang menyaksikan Perak menang dan menjulang kejuaraan.

Leandro jarang sekali meledak gol, malah sejak bermain di Liga Malaysia bermula dengan T-Team FC pada musim 2014, beliau tidak memiliki watak sebagai penjaring untuk pasukan. Disebabkan memiliki karekter yang keras, pemain asal Brazil itu lebih dikenali dengan label ‘budak nakal’ di kalangan para penyokong sendiri dan juga lawan.

Namun, ianya amat berbeza semalam. Leandro meledak hatrik buat Perak dan ia merupakan kali pertama dalam kariernya di Malaysia. Selain itu, beliau juga memainkan peranan penting buat The Bos Gaurus pada aksi semalam.

Menurut Mehmed Durakovic, “Leandro sangat bagus. Saya telah bekerja bersamanya beberapa tahun sejak di Selangor lagi dan dia tidak pernah kenal erti putus asa. 90 minit aksi malam ini, dia tidak berhenti mengejar bola. Dia layak untuk mendapat pujian atas apa yang dilakukannya kerana dia adalah pemain yang sangat, sangat bagus.”

“Dia juga seorang yang berbudi bahasa di luar padang, jadi, itulah Leandro. Saya sangat gembira untuknya, keluarganya dan juga Careca. Dia hatrik jadi saya merasa sangat gembira untuknya,” ulasnya mengenai prestasi pemain tengah itu lagi.

Pemain berusia 34 tahun itu berjaya meledak gol pada minit ke-7, ke-21 dan ke-48 sebelum seorang lagi pemain asal Brazil, Careca menambah derita buat Kelantan United dengan jaringan ke-4 dan terakhir tuan rumah di penghujung perlawanan.

Mehmed Durakovic nyata gembira dengan prestasi keseluruhan pemainnya namun tidak menganggap ianya satu perlawanan yang mudah buat Perak. Katanya, “Ia tidak mudah. Terus terang saya katakan memang kami sudah memiliki perancangan. Sejak aksi bermula kami mahu memberi tekanan dan pemain memberikan yang terbaik.”

“Ya, kami menjaringkan empat gol dan boleh lagi menjaringkan beberapa lagi gol, tetapi kita harus menghormati Kelantan United. Mereka adalah pasukan yang bagus. Begitupun, pemain saya telah berikan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Leandro sememangnya ada sentuhan penjaring kerana pada musim 2011 ketika bersama Army United di Thai Premier League (kini Thai League 1), beliau telah merekodkan 18 gol dan menjadi penjaring kedua terbanyak liga musim itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: PERAK TBG

Baca lagi artikel mengenai Mehmed Durakovic dan Leandro:

Piala Malaysia 2020: Terengganu FC Ke Suku Akhir Walaupun Dipalit Isu ‘Line’ Hilang

Ketiadaan Leandro Dos Santos Jejaskan Jentera Tengah Perak

Faktor Mehmed, Leandro Dorong Guilherme De Paula Ke Perak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN