Media Argentina Jadikan Messi Subjek Utama Selepas Seri Dengan Venezuela

Argentina harus menang ke atas Venezuela dalam aksi kelayakan semalam. Namun mereka gagal untuk menewaskan pasukan yang tercorot di pusingan kelayakan kali ini.

Venezuela satu-satunya pasukan setakat ini yang gagal mengutip mata 2 digit selepas 16 perlawanan. Media Argentina mulai mensasarkan Lionel Messi sebagai sasaran mereka selepas kegagalan menang dalam perlawanan tersebut.

Satu gambar Lionel Messi sedang mendongak ke langit berdoa telah mengisi muka hadapan akhbar Ole. Mereka menulis:

‘Kepada siapa lagi kita mahu berdoa? Jika Lionel Messi meminta daripada Tuhan bermakna pasukan kebangsaan kita dalam masalah.’

Dalam laman web sukan terkemuka, Diego Macia telah mengkritik aksi Argentina dalam 10 perlawanan terakhir dan juga mengkritik aksi Messi.

Argentina gagal memberikan aksi terbaik meskipun mereka menerima kehadiran Sampaoli ke dalam pasukan mereka. Sampaoli dan Argentina memulakan ‘kerjasama’ dengan keputusan cemerlang menamatkan rekod tanpa kalah Brazil sebelum ini dalam perlawnaan persahabatan.

Namun mereka masih tidak mampu memberikan perubahan besar di dalam kempen kelayakan Piala Dunia mereka. Diego Macia menulis:

“Messi tidak sepatunya menunjukkan aksi versi tidak bermaya. Messi bermain baik pada separuh masa pertama. Beliau memulakan perlawnaan dengan memberikan harapan, beberapa sentuhan beliau membuatkan kita merasakan dia akan ‘meletus’! Namun ianya tidak berlaku.”

Macia turut memberikan ‘rating’ hanya 5.0 kepada Lionel Messi, kurang daripada Angel Di Maria (5.5) dan Marcos Acuna (6.0).

Segalanya masih di dalam jangkauan kerana Argentina masih ada 2 perlawanan lagi. Mereka akan menentang Peru dan Ecuador selepas ini.

Mujurlah Chile keciciran lebih teruk apabila tewas 2 perlawanan kelayakan mereka pada kali ini. Jika tidak, pastinya Argentina di dalam keadaan lebih panik.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram