Medhi Benatia Tinggalkan Juventus Untuk Sarung Jersi Al Duhail SC

Benatia

Pertahanan Juventus, Medhi Benatia dilaporkan menjadikan Qatar sebagai destinasi terbaharu buat karier beliau setelah menyertai Al Duhail SC dengan perpindahan bernilai $11 juta.

Beliau yang berusia 31 tahun berjaya membantu Juventus menjuarai Serie A dan Coppa Italia bagi musim 2016/17 dan 2017/18.

Benatia dipinjamkan ke Juventus dari Bayern Munich pada musim 2016/17, telah berpindah secara tetap ke kelab Turin itu musim berikutnya.

Kenangan paling manis dalam karier Benatia adalah ketika menganggotai skuad kebangsaan Maghribi dalam saingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Benatia
MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Cristiano Ronaldo of Portugal is challenged by Mehdi Benatia of Morocco during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Beliau diturunkan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan Maghribi tersingkir awal.

Dengan pemergian Medhi Benatia ke Qatar, Juventus bertindak pantas bagi mendapatkan pengganti selepas merekrut Martin Caceres dari Lazio.

Khidmat beliau sebelum ini ditagih dua pasukan yang sedang bergelut dalam liga masing-masing iaitu Fulham dan AS Monaco.

Juventus juga berusaha memujuk Benatia untuk kekal di Allianz Stadium tetapi beliau enggan kerana mahu mengembangkan kariernya di suasana baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN