Mbappe Tolak Spekulasi Bakal Pindah Ke Real Madrid, Ini Sebabnya!

Kylian Mbappe kini merupakan antara pemain muda terhangat masa kini.

Beliau cukup cemerlang bersama AS Monaco musim ini. Setakat ini sahaja beliau telah melakukan 33 penampilan bersama pasukan Ligue 1 itu dengan menjaringkan 19 gol.

Lebih hebat, 12 gol yang dihasilkan prospek muda itu adalah dihasilkan dalam aksi Ligue 1.

Beliau memang dijangka bakal menjadi bintang pada masa hadapan, hal ini kerana permainan simulasi Football Manager juga turut memberikan stats yang cukup baik untuk pemain berusia 18 tahun.

‘Stats’ Kylian Mbappe dalam Football Manager 2017.

Beliau nyata kini menjadi buruan, banyak kelab mahukan khidmat beliau.

Kelabnya yang mahukan beliau bukanlah calang-calang, nama-nama seperti Manchester United, Arsenal dan Real Madrid dikaitkan dengan perpindahan beliau.

Nafi berpindah

Namun disebalik pelbagai spekulasi yang dikaitkan dengan beliau ketika ini, Mbappe akhirnya telah membuka mulut mengenai spekulasi yang dikaitkan dengan beliau.

Beliau dengan jelas menafikan perpindahan beliau terutamanya ke kelab gergasi Sepanyol – Real Madrid.

Peluang ini mungkin datang sekali, namun jelas Mbappe tidak berminat dengan tawaran dari Real Madrid sekiranya bidaan rasmi dilakukan.

Hal ini kerana beliau ada alasan beliau sendiri.

“Saya kini masih lagi seorang pemain kelab AS Monaco.”

“Kita akan bergerak dari satu langkah ke satu langkah. Real Madrid adalah sebuah kelab untuk pemain yang berada di puncak karier mereka dan saya belum berada di puncak karier saya lagi.”

Bagi Mbappe, belum tibanya masa untuk beliau bergerak ke kelab yang lebih besar kerana beliau mahu menstabilkan karier beliau dahulu sebelum mara untuk menghadapi cabaran yang lebih besar.

“Setiap pemain ada perjalanan karier mereka sendiri, bukan?”

“Saya di AS Monaco dididik dan saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang selalu membantu mengembangkan karier saya.”

“Apa yang saya mahukan adalah bermain bola sepak, menjaringkan gol, menang perlawanan serta menjuarai semua kejohanan.”

Baca juga: 10 ‘Wonderkid’ Yang Boleh Anda Dapatkan Di Football Manager 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN