Mbappe: Messi Paling Layak Menang Ballon d’Or

Pemain antarabangsa Perancis – Kylian Mbappe – berada di tangga keempat dalam senarai pendek untuk 2018 Ballon d’Or.

Mbappe kemudiannya memenangi Piala Kopa yang diberikan kepada pemain berprestasi terbaik di bawah umur 21 tahun.

Kylian Mbappe antara pemain yang terbaik di dunia pada ketika ini. Beliau menjadi penggempur utama PSG serta pasukan kebangsaan Perancis.

Walaupun agak kurang aksi kerana kecederaan, beliau tetap menjaringkan 9 gol setakat ini dalam semua pertandingan.

Gaya permainan beliau yang bertenaga dan juga tajam di hadapan gol merupakan aset terbesar untuknya.

Tetapi apabila ditanya tentang Ballon d’Or, Mbappe tidak rasa dirinya berhak untuk menang. Kerana menurutnya, hanya seorang yang layak menang iaitu Lionel Messi.

Bercakap kepada Der Spiegel. Mbappe menganggap pemain terbaik untuk Ballon d’Or kali ini ialah Lionel Messi.

Mbappe berkata: “Dari segi terma aspek individu, beliau [Messi] adalah yang terbaik tahun ini.”

Lionel Messi – beberapa bulan lalu – dinobat sebagai pemain terbaik dunia –  FIFA Best 2019.

Beliau antara calon pilihan sekali lagi untuk memenangi Ballon d’Or kali ini selain daripada Cristiano Ronaldo. Kedua-dua mereka kini terikat dengan 5 Ballon d’Or.

Jika salah seorang antara Ronaldo atau Messi menang Ballon d’Or kali ini, mereka akan membawa pulang Ballon d’Or keenam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN