Mbappe Mahukan Anak Jati Perancis, N’golo Kante Sertai PSG

Penyerang muda sensasi Perancis da PSG Kylian Mbappe mahukan kelab beliau cuba mendapatkan ‘destroyer’ Chelsea, N’golo Kante pada jendela perpindahan akan datang.

Mbappe menganggap Kante akan menjadi pemain paling tepat untuk menguatkan lagi bahagian tengah pasukan terutama sekali dalam tugas bertahan. Kante dianggap antara pemain tengah terbaik di dunia buat masa ini.

Bercakap kepada beIN Sports, Kylian Mbappe ditanya, siapa pemain yang beliau mahukan di PSG. Mbappe berkata:

“Kante, ini kerana kami perlukan kualiti pemain seperti itu dalam pasukan. Beliau akan menjadi pemain yang sangat sesuai dengan pasukan ini.”

“Beliau juga seorang berbangsa Perancis. Dengan membawa balik anak jati Perancis pulang bermain dalam liga kita, ianya akan membantu untuk menarik minat orang ramai kepada liga ini.”

“Satu Perancis akan sukakan jika beliau menyertai liga kita.”

Kylian Mbappe menjadi pemain penting dalam membawa semula Ligue 1 ke kabinet trofi PSG. Beliau sudah menjaringkan 21 gol dalam 43 penampilan dengan PSG setakat ini.

PSG ada misi besar musim hadapan iaitu UCL. Ini selepas kempen UCL yang mengecewakan musim ini meskipun sudah berbelanja besar.

Kylian Mbappe dan N’golo Kante akan berada dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN