MB Pahang Mahu Jaringan Herold Goulon Dicalonkan Untuk Anugerah PUSKAS

Kejayaan skuad Tok Gajah menewaskan Perak, 3-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur semalam telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Bukan itu sahaja, jaringan ketiga Pahang melalui sepakan percuma pemain import mereka, Herold Goulon telah mengejutkan ramai pihak termasuk Menteri Besar Pahang sendiri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ini adalah detik pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan di mana Goulon telah menghayunkan kakinya untuk menendang bola dengan tinggi sehingga menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim. Mungkin ini adalah gol tercantik dan paling istimewa pernah dilakukan Goulon dalam karier bola sepaknya.

“Syabas saya ucapkan kepada pasukan bolasepak negeri Pahang atas kemenangan 3-1 menewaskan negeri Perak.

“Cantik jaringan Herold Guolon. Wajar dicalonkan untuk Anugerah FIFA PUSKAS,” kata Wan Rosdy dalam satu kenyataan di laman facebook rasminya.

Sebelum ini, seorang pemain tempatan, Faiz Subri pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Malaysia yang memenangi Anugerah PUSKAS pada tahun 2016.

Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu yang diambil sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

Bekas pemain Pulau Pinang itu mengetepikan 2 lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Jaringannya itu disifatkan telah “melanggar hukum fizik” ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN