Luar Biasa, Max Taylor Dipanggil Pasukan Utama Selepas Sembuh Dari Kanser

Pemain remaja berusia 19 tahun Manchester United iaitu, Max Taylor pastinya tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

Ini kerana, kira-kira setahun lalu, pemain pertahanan tersebut hampir melupakan kariernya kerana bertarung dengan barah.

Max Taylor menjalani rawatan kimoterapi selama 12 bulan. Dan beliau akhirnya kembali pulih dan bersedia untuk bermain.

Lebih manis, apabila Ole Gunnar Solskjaer menyenaraikan nama beliau dalam pasukan yang akan berhadapan dengan Astana.

Siapa tahu, beliau mungkin akan melakukan debut, ataupun menjadi kesebelasan utama dalam skuad senior Man United.

Taylor sebelum ini mengidap barah testis dan beliau baru sahaja kembali ke latihan pada September selepas disahkan sihat dan boleh bermain oleh doktor dan petugas perubatan.

Beliau kini berpotensi menjadi seorang lagi pemain remaja, graduasi pasukan pembangunan Man United yang boleh melalukan debut untuk skuad utama.

Max Taylor terbang bersama pemain-pemain lain ke Kazakhstan untuk perlawanan UEL berhadapan dengan Astana.

Ianya satu kisah yang telah membuatkan ramai terharu.

Ole mahu memberikan peluang kepada lebih ramai pemain muda. Selain daripada untuk kebaikan para pemain muda, ia juga penting untuk pengurusan pasukan, kerana Man United perlu pergi ke tempat jauh musim ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Axel Tuanzebe dijangkan akan bermula dalam aksi berhadapan dengan Astana.

Manchester United mahu bangkit daripada aksi diikat oleh Sheffield dalam saingan EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN