Maurizio Sarri Sedia Bawa Mauro Icardi Sertai Chelsea

Iklan

Bekas pengurus Napoli, Maurizio Sarri dikatakan sedia membawa masuk penyerang Inter Milan, Mauro Icardi ke Stamford Bridge sekiranya beliau dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea menggantikan Antonio Conte.

Icardi yang merupakan kapten pasukan Inter Milan dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia dan sering dikaitkan dengan pasukan-pasukan ternama Eropah.

Chelsea dikatakan semakin hampir untuk melantik bekas jurulatih Napoli itu dan Sarri difahamkan sudah memaklumkan senarai pemain yang mahu dibawa masuk kepada pihak pengurusan The Blues.

Penyerang Argentina berkenaan merupakan sasaran utama Sarri sekiranya mengemudi Chelsea dan pasukan milik Roman Abramovich itu dikatakan sedia membayar klausa pelepasan £96 juta (RM508 juta).

Bagaimanapun, ketibaan Icardi ke Stamford Bridge turut bergantung kepada pelantikan Sarri sebagai pengurus memandangkan Chelsea perlu membayar £7 juta (RM37 juta) kepada Napoli.

Sekiranya urusan tersebut berjaya diselesaikan, The Blues pastinya tidak perlu bimbang lagi mengenai masalah ketumpulan jentera serangan yang dihadapi pada ketika ini.

Icardi dianggap sebagai penyerang paling konsisten dalam saingan Serie A apabila menjaringkan 110 gol dalam 190 penampilan selain memiliki perjalanan karier lebih panjang kerana baru berusia 25 tahun.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram