Maurizio Sarri Kendalikan Chelsea Jika Antonio Conte Dipecat

Media dari eropah melaporkan bekas pengendali Napoli, Maurizio Sarri kini menjadi calon utama bagi menggantikan Antonio Conte selaku ketua jurulatih di Chelsea sekiranya pengendali berusia 48 tahun itu dipecat secara rasmi.

Harapan Maurizio Sarri untuk melengkapkan impiannya berhijrah ke Chelsea kini dilihat kian hampir.

Selepas mengupah perantara yang memiliki hubungan rapat bersama Chelsea, Sarri cuba untuk mendesak Chelsea membuat keputusan dan terdesak bagi mendapatkan jawatan itu.

Dia percaya dirinya kian hampir ditawarkan kontrak dua tahun dan pilihan untuk tambahan 12 bulan sejurus Chelsea membuat keputusan mengenai masa depan Conte.

Meskipun berjaya membawa The Blues memenangi Piala FA minggu lalu, masa depan Conte semakin samar dan perlu menunggu keputusan pengurusan terlebih dulu.

Carlo Ancelotti sudah menggantikan Sarri di Napoli dan pasukan Serie A itu dikatakan bersedia untuk ‘melupuskan’ klausa pelepasan Sarri berjumlah 7 juta pound (RM37 juta) jika David Luiz menyertai pasukan terbabit.

Sumber terdekat dengan Chelsea percaya segala proses sudah diselesaikan dengan mereka kini hanya menunggu pengumuman rasmi berhubung pelantikan Sarri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram