Matthijs De Ligt: Saya Tidak Menyesal Berhijrah Ke Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
de ligt

Penghijrahan pertahanan muda berbakat besar, Matthijs de Light dengan tanda harga bernilai €75 juta ke Juventus nyata mencuri tumpuan.

Pemergian tersebut bagaimanapun tidak seperti yang diharapkan apabila pemain berusia 20 tahun kelahiran Belanda itu tidak mempamerkan persembahan seperti ketika beliau di Ajax.

Sehubungan dengan itu, de Ligt mengakui bahawa beliau kini dalam proses menyesuaikan diri, termasuk untuk melupakan kesilapan yang dilakukan ketika aksi pertama kali diturunkan sewaktu bertemu Napoli pada Ogos lalu.

”Anda tahu bahawa anda akan menjadi perhatian sekiranya dibeli dengan sejumlah wang yang banyak.”

”Selepas perlawanan pertama menentang Napoli, ia kelihatannya menjadi semakin teruk.”

”Saya mendapat penghargaan daripada rakan sepasukan, peminat dan segalanya. Saya gembira dengan cara ini.”

”Hakikatnya, saya tidak menyesal kerana berpindah ke Juventus.”

”Mereka mengatakan dan menulis banyak perkara. Perkara itu datangnya dari seseorang seperti Patrick Kluivert, ia mungkin membuatkannya lebih mudah dipercayai.”

”Tetapi saya tidak bercakap dengannya sendiri, jadi saya rasa itu satu andaian.”

Terdahulu menurut satu laporan dari Mundo Deportivo, Kluivert yang kini merupakan Pengarah La Masia mengatakan bahawa berkemungkinan de Ligt menyesal atas keputusannya berpindah ke Juventus.

Kredit foto: FourFourTwo